Enakmen Jenayah Syariah 1995

Bahagian

II

Seksyen

6

Tajuk

Takfir.
6 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang yang mengatakan atau mengaitkan atau melalui kata-kata, sama ada secara lisan atau tulisan, atau dengan isyarat, atau dengan gambaran tampak, atau denagan apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakukan, atau dengan mengelolakan, menganjurkan atau mengaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa-apa jua cara, bahawa mana-mana orang yang menganuti agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang yang menganuti agama Islam-

(a) adalah orang kafir;

(b) telah berhenti menganuti agama Islam;

(c) tidak patut diterima, atau tidak dapat diterima, sebagai               menganuti agama Islam atau;
(d) tidak mempercayai, mengikut, menganuti atau                              tergolong dalam agama Islam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

6 [2]

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi-

(a) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana                                 Mahkamah atau pihak berkuasa agama yang                                   ditubuhkan, dibentuk atau dilantik melalui atau di                       bawah mana-mana undang-undang bertulis dan yang                 diberi oleh undang-undang bertulis kuasa untuk                           memberikan atau mengeluarkan apa-apa fatwa atau                     keputusan tentang apa-apa perkara mengenai agama                   Islam; atau

(b) apa-apa jua yang dilakukan ole mana-mana orang                       menurut atau mengikut apa-apa fatwa atau keputusan                 yang diberikan atau dikeluarkan oleh Mahkamah atau                 pihak berkuasa agama itu, sama ada atau tidak fatwa                   atau keputusan itu adalah secara bertulis atau, jika                       bertulis, sama ada atau tidak disiarkan dalam Warta.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.