Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

173) HASIL PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah pulangan dari segi royalti, dividen dan bayaran kepada Kerajaan Negeri, agensi- agensinya serta anak-anak syarikat kerajaan yang terkini sehingga pertengahan tahun ini hasil daripada industri perlombongan sumber-sumber semula jadi seperti pasir?

    Klik jawapan »

  2. Apakah matlamat dan sasaran kerajaan untuk mempertingkatkan pulangan ini?

    Klik jawapan »

174) PROJEK JAMBATAN PULAU CAREY (MENGHUBUNGKAN KG SAWAH, PULAU CAREY KE TELOK PANGLIMA GARANG)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status yang terkini

    Klik jawapan »

  2. Berapakah perbelanjaan awal dan yang terkini dan tempoh siap yang dijangkakan

    Klik jawapan »

175) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah saman bagi semua kesalahan yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pungutan saman telah diperoleh oleh PBT-PBT di Negeri Selangor mengikut PBT?

    Klik jawapan »

176) INDUSTRI TERNAKAN BABI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Ternakan Moden Babi ini setelah mendapati ianya amat berisiko tinggi kepada kesihatan umum bukan sahaja kepada masyarakat sekitar tetapi kepada negara secara keseluruhan

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri supaya penyakit ini tidak menular di kalangan ladang-ladang ternakan babi sedia ada di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

177) BALAIRAYA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Didapati banyak balai raya dan dewan orang ramai dalam DUN Dusun Tua telah rosak dan tidak di selenggara dengan baik semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih bangunan tersebut. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan membaiki bangunan tersebut?

    Klik jawapan »

178) USAHA KERAJAAN NEGERI TERHADAP MENJAGA ALAM SEKITAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Setiap tahun negeri Selangor terpaksa lalui masalah jerebu disebabkan pembakaran terbuka oleh negara jiran dan tempatan. Adakah usaha pihak Jabatan Alam Sekitar untuk berbincang bersama negara jiran bagaimana dapat diatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha dalam negeri sendiri bagi meningkatkan kesedaran tersebut?

    Klik jawapan »

179) POLISI PEMBERIAN BANTUAN OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Sila huraikan apakah garis panduan baru bagi memohon bantuan jabatan ini kerana ramai mengadu permohonan mereka ditolak disebabkan permohonan yang tidak disokong oleh ADUN dari Barisan Nasional

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan permohonan kepada JKM dilayan secara saksama dan diberikan pada semua mereka yang layak tanpa mengira fahaman politik

    Klik jawapan »

  3. Apakan Kerajaan Negeri bercadang meningkatkan peruntukan kepada JKM bagi memberikan ruang lebih ramai rakyat yang layak mendapat bantuan dan bila ia akan dibuat?

    Klik jawapan »

180) TARIK BALIK CUKAI TAPAK PASAR MALAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pihak Kerajaan Negeri mengarah agar cukai tapak pasar malam ditarik balik. Apakah rasional cukai tapak ini ditarik balik?

    Klik jawapan »

  2. Dengan penarikan balik, adakah kos penyelenggaraan dapat ditampung?

    Klik jawapan »

  3. Pasar malam membawa implikasi kebersihan, adakah kerajaan menggalakkan pembukaan pasar malam yang baru atau sebaliknya?

    Klik jawapan »

181) SISTEM PEMANTAUAN PERUNTUKAN KEPADA AHLI MAJLIS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan cara-cara untuk memantau peruntukkan yang dibelanjakan oleh Ahli Majlis.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah Ahli Majlis yang sudah terima peruntukkan sebanyak RM2500 setiap bulan untuk penyewaan pejabat dan mengupah kerani? Sila nyatakan mengikut PBT.

    Klik jawapan »

  3. Kalau peruntukan RM2500 telah dimasukkan ke akaun peribadi Ahli Majlis tetapi tidak digunakan untuk penyewaan pejabat dan mengupah kerani, apakah tindakan kerajaan untuk menarik balik peruntukan tersebut dan bilakah tindakan ini akan diambil?

    Klik jawapan »

182) PEMBINAAN KUIL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai pembinaan rumah Ð rumah ibadat kuil yang tidak mendapat kebenaran di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Ð langkah Kerajaan Negeri untuk menempatkan semula kuil Ð kuil yang telah didirikan tanpa kebenaran?

  3. Berapakah jumlah kuil Ð kuil yang telah didirikan tanpa kebenaran mengikut daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor yang masih belum ditempatkan semula?