21) PROJEK MRT 2 DI KAWASAN SERI KEMBANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek MRT 2 sekarang?
-
Apakah projek penaiktarafan seperti pelebaran jalan, pembesaran longkang dan lain yang disyaratkan oleh pihak agensi kerajaan seperti MPSJ, JKR di kawasan Seri kembangan yang akan dilakukan oleh pihak MRT Corp setelah siap?
21) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah permohonan FOI yang diterima oleh kerajaan sejak 2013? Sila berikan pecahan mengikut tahun dan jabatan/agensi.
-
Berapakah yang tidak dapat diberi maklum balas dalam 30 hari? Sila senaraikan dan nyatakan sebab kelewatan untuk setiap kes
21) RUMAH-RUMAH TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai khususnya di DUN Taman Templer?
21) HE FOR SHE
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah ada perancangan khusus kempen ini selain perasmian yang telah dibuat tempoh hari?
-
Apakah objektif kempen ini dan siapakah yang dipertanggungjawabkan kempen ini tercapai matlamatnya?
-
Berapa ramaikah yang telah menandatangani deklarasi ini, nyatakan mengikut pecahan lelaki dan wanita.
21) PERUNTUKAN BANTUAN PENDIDIKAN UNTUK SJKC
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kriteria yang digunakan untuk memilih SJKC bagi pemberian bantuan pendidikan fasa 2 pada tahun 2014
-
Nyatakan sebabnya kenapa semua SJKC di Hulu Selangor tidak dipertimbangkan dalam pemberian bantuan pendidikan fasa 2 pada tahun 2014.
21) PERMOHONAN LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN TAPAK KEDIAMAN KG BARU CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah permohonan telah dikemukakan setakat ini ?
-
Berapa permohonan telah diluluskan ?
21) LEBIHAN WANG ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Berapakah lebihan kutipan wang zakat sebelum ini di negeri Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk menyalurkannya kepada asnaf yang masih lagi memerlukannya di negeri Selangor misalnya Sekolah Agama Rakyat?
-
Sekiranya di negeri Selangor hasil zakat sudah mencukupi, wujudkah mekanisme untuk menyalurkannya ke negeri lain?
21) BAS PERCUMA SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos untuk melaksanakan Bas Percuma Smart Selangor?
-
Apakah rancangan jangka panjang Kerajaan untuk program Bas Percuma Smart Selangor?
21) RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah status RKK di kawasan-kawasan yang telah diwartakan di seluruh Selangor?
-
Adakah terdapat kawasan baru, termasuk kawasan Kampung Tradisi yang telah dirancangkan untuk wartakan di bawah RKK dan butir-butir kawasan tersebut?
-
Apakah kelebihan dan manfaat yang boleh diharapkan dan direalisasikan dengan pelaksanaan RKK?
21) DANA USAHAWAN KAUM INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah itu SITHAM?
-
Apakah peranan SITHAM dalam pengagihan dana usahawan kaum india dan berapakah jumlah pemohon yang telah menerima dana tersebut?
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk program ini?
