21) INISIATIF PEDULI RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah wang yang telah di belanjakan mengikut program-program IPR sejak 2008 di bawah kerajaan dan GLC masing-masing.
-
Nyatakan jumlah wang yang telah di belanjakan untuk program jom shopping.
21) KILANG HARAM DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sepanjang Pakatan Rakyat mentadbir berapa banyakkah status ÒKilang HaramÓ yang diselesaikan (di beri lesen)?
-
Bagi yang tak dapat dilesenkan apakah Kerajaan terus membenarkan mereka terus beroperasi?
21) KAWASAN INDUSTRI DI KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kawasan industri yang terdapat di daerah Kuala Selangor?
-
Berapakah nilai pelaburan yang masuk dari 2008 - 2013 ke daerah Kuala Selangor?
-
Nyatakan jumlah pekerja tempatan yang bekerja dan mendapat manfaat dengan kewujudan kawasan industri tersebut?
21) MENTERI BESAR INCORPORATED CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan butiran terperinci sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) yang diberi oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) pada tahun 2017.
-
Sila nyatakan semua pembekal (supplier) servis ataupun barangan yang terlibat dalam pemberian CSR oleh MBI dan sama ada open tender telah dilakukan dalam pelantikan mereka.
21) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bersedia untuk meningkatkan jumlah bayaran Jom Shopping dari RM100 kepada RM150 seorang atas sebab peningkatan harga barang?
21) HAK MILIK STRATA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah bangunan yang masih belum memperolehi hak milik strata mengikut daerah.
-
Nyatakan faktor utama yang melambatkan proses pengeluaran hak milik strata
-
Sejauh manakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap isu tersebut?
21) ICT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
I-City di Seksyen 7, Shah Alam di katakan menjadi pemangkin ICT di Selangor. Apakah status terkini dan perancangan program-program pembangunan ICT yang telah ada?
-
Bagaimanakah manfaatnya program di I-City dapat dilimpahkan kepada rakyat Selangor sehingga ke luar lembah Klang?
-
Bagaimanakah tahap penembusan capaian internet jalur lebar tanpa wayar Selangor sehingga kini?
21) WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Setiap tahun denggi merupakan penyakit dan ancaman kepada kesihatan penduduk. Apakah langkah-langkah pencegahan yang telah dilakukan dan usaha baru bagi menangani situasi tersebut?
21) PERUNTUKAN HAL EHWAL SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan Hal Ehwal selain Islam yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam tahun 2008.
-
Sila kemukakan butiran terperinci dan senarai kesemua organisasi selain Islam yang mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri pada tahun 2008.
-
Sila nyatakan selepas 8 Mac yang lalu berapakah jumlah geran tanah telah diluluskan kepada rumah ibadat selain Islam. Sila berikan butir-butir.
21) AKTIVITI-AKTIVITI JUDI HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tindakan yang telah Kerajaan Negeri Selangor ambil untuk membasmi aktiviti-aktiviti judi haram yang dijalani di kawasan komersial.
