2) PEMBANGUNAN SISTEM PANGKALAN DATA DAN MAKLUMAT WARGA MISKIN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa cadangan di masa hadapan terdekat bagi membangunkan sistem pangkalan data warga miskin di Selangor supaya Kerajaan Negeri mempunyai maklumat penuh mengenai status pendapatan keluarga serta bantuan-bantuan yang telah diterima oleh mereka dari pelbagai pihak?
2) ISU SUBSIDI BENIH PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini perlaksanaan kuota subsidi benih padi ?
-
Sila kemukakan jumlah kuota subsidi benih padi yang diluluskan setiap tahun dan jumlah peruntukan yang disalurkan?
-
Senaraikan nama syarikat dan Pengarah yang memperolehi kuota subsidi benih padi sejak 3 tahun yang lalu.
2) PERUBAHAN IKLIM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menangani perubahan iklim dan kesannya terhadap kehidupan manusia?
2) PROJEK ZON BERSIH DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk Projek Zon Bersih dari tahun 2008 hingga 2013?
-
Apakah kesan dan faedah projek tersebut kepada komuniti tempatan?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf kesan projek tersebut dan mengatasi kelemahannya?
2) PELABURAN DI LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan dengan detail berapakah pelaburan yang dibuat oleh KNS melalui anak syarikat di luar Negara sejak 5 tahun yang lalu?
-
Sila huraikan apakah jenis pelaburan dan prestasi keuntungan yang disasarkan?
-
Sila nyatakan apakah perancangan susulan terhadap pelaburan tersebut?
2) INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan pembangunan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menyelenggarakan jalan-jalan kampung mengikut pecahan daerah?
-
Bilakah jalan utama Bagan Sekinchan menuju ke Sungai Labu yang rosak dan berlekaklekuk akan dinaiktarafkan secara menyeluruh?
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan khususnya untuk membaiki jalan-jalan bendang di seluruh Sekinchan pada tahun 2008. Sila berikan butir-butir
2) PEMANSUHAN SKIM AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran perolehan hasil pendapatan kerajaan negeri selangor dengan pemansuhan skim air percuma kepada rakyat pada Mac 2020 nanti?
-
Adakah perolehan tersebut akan digunakan untuk inisiatif lain untuk kepentingan rakyat?
2) JUMLAH KELULUSAN GERAN YANG DIKELUARKAN KEPADA PENEROKA KG BUKIT CERAKAH MUKIM PETALING
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Sejak tahun 2000- 2009, berapakah jumlah kelulusan geran yang dikeluarkan kepada peneroka tanah pertanian Kampung Bukit Cerakah Mukim Petaling?
-
Berapakah jumlah senarai nama yang belum diluluskan?
-
Bolehkah keluarkan senarai nama peneroka dengan plot nombor geran tersebut yang diluluskan ?
2) HAIWAN LIAR – MASALAH MONYET DAN ANJING BANYAK KALI DIBANGKITKAN TETAPI TIADA TINDAKAN BERKESAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah haiwan liar yang mengganggu gugat serta merosakkan harta benda penduduk seperti anjing dan monyet?.
-
Apakah statistik penangkapan haiwan-haiwan liar mengikut DUN?
2) PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERTANIAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor tanaman padi?
-
Apakah teknologi dan pendekatan yang disyorkan untuk mencapai objektif ini?
