2) SKIM KESIHATAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan perkembangan terkini dan bagaimanakah sambutan para kaum wanita terhadap program kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat melalui pemeriksaan Mammogram?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk menjayakan program tersebut?
-
Sekiranya wanita yang menyertai pemeriksaan Mammogram tersebut telah didapati mempunyai kesan awal seperti benjol kanser dan berkemungkinan diserang kanser payudara, sila nyatakan apakah nasihat serta bantuan yang akan diberikan oleh Kerajaan terhadap wanita itu?
2) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Setakat ini, berapakah jumlah keseluruhan peserta di Selangor?
-
Apakah ukuran yang digunakan untuk menilai kejayaan peserta dan berapa ramai yang menepati ukuran tersebut?
2) PELABURAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan pelabur asing di Selangor mengikut jumlah pelaburan (RM).
-
Sila senaraikan jenis-jenis pelaburan dan sektor apakah yang tertinggi?
2) PUSAT TEATER SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pusat tersebut dan bagaimanakah sumbangannya terhadap kesenian Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah keseluruhan kos pembinaan Teater tersebut dan bilakah ia mula digunakan ?
-
Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pusat Teater tersebut supaya dapat menonjolkan seni budaya Negeri Selangor dan sekali gus menarik lebih ramai pelancong datang melawat Selangor ?
2) USAHAWAN MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu meningkatkan pendapatan dalam kalangan usahawan khususnya dari golongan anak muda?
2) PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah Pusat hiburan sah dan haram yang beroperasi di setiap PBT?
-
Sila nyatakan dengan detail kenapa masih terdapat banyak aduan yang mengatakan bahawa Pusat Hiburan haram wujud Bagaikan Cendawan Tumbuh Selepas hujan?
-
Sila nyatakan bagaimana pihak PBT mempergiatkan penguatkuasaan dan memantau aktiviti Pusat Hiburan Haram supaya ianya tidak memudaratkan masyarakat setempat?
2) PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan bagi membantu para pelajar ke Mesir (untuk pengajian Islam, perubatan dan lain-lain) setelah sesi pengajian di sana dibuka; i) Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang belum memulakan pengajian ii) Bagi pelajar-pelajar ijazah pertama yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas iii) Bagi pelajar-pelajar lepasan ijazah yang sudah berada di tahun kedua dan ke atas?
-
Apakah langkah kerajaan untuk mencari pusat-pusat pengajian baru sebagai alternatif, dengan disesuaikan dengan subjek pengajian mereka?
2) Lebuhraya Pantai Barat (WCE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di daerah Kuala Langat khususnya dan Negeri Selangor amnya?
-
Berapakah mesyuarat penyelarasan telah diadakan sejak tahun 2018 yang melibatkan pemegang taruh di Kuala Langat?
3) BENCANA BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Salah satu sebab berlaku banjir serius kebelakangan ini adalah disebabkan peruntukkan yang kecil untuk projek mitigasi banjir. Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengatasi permasalahan ini?
3) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukkan MARRIS yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri pada tahun 2010?
-
Apakah mekanisme yang digunakan untuk mengagihkan peruntukkan tersebut kepada PBT dan jabatan yang terlibat?
-
Sila nyatakan peruntukkan MARRIS yang diberikan kepada PBT dan jabatan yang terlibat pada tahun 2010
