2) INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan pembangunan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menyelenggarakan jalan-jalan kampung mengikut pecahan daerah?
-
Bilakah jalan utama Bagan Sekinchan menuju ke Sungai Labu yang rosak dan berlekaklekuk akan dinaiktarafkan secara menyeluruh?
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan khususnya untuk membaiki jalan-jalan bendang di seluruh Sekinchan pada tahun 2008. Sila berikan butir-butir
2) PELABURAN DI LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan dengan detail berapakah pelaburan yang dibuat oleh KNS melalui anak syarikat di luar Negara sejak 5 tahun yang lalu?
-
Sila huraikan apakah jenis pelaburan dan prestasi keuntungan yang disasarkan?
-
Sila nyatakan apakah perancangan susulan terhadap pelaburan tersebut?
2) PEMANSUHAN SKIM AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah anggaran perolehan hasil pendapatan kerajaan negeri selangor dengan pemansuhan skim air percuma kepada rakyat pada Mac 2020 nanti?
-
Adakah perolehan tersebut akan digunakan untuk inisiatif lain untuk kepentingan rakyat?
2) HAIWAN LIAR – MASALAH MONYET DAN ANJING BANYAK KALI DIBANGKITKAN TETAPI TIADA TINDAKAN BERKESAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah haiwan liar yang mengganggu gugat serta merosakkan harta benda penduduk seperti anjing dan monyet?.
-
Apakah statistik penangkapan haiwan-haiwan liar mengikut DUN?
2) PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERTANIAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor tanaman padi?
-
Apakah teknologi dan pendekatan yang disyorkan untuk mencapai objektif ini?
2) BANTUAN KEMASYARAKATAN PNSB MELALUI PEKAWANIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah bantuan kemasyarakatan yang telah disalurkan oleh PNSB melalui Pekawanis?
-
Berikan pecahan menurut kategori bantuan
-
Mengapakah bantuan ini tidak disalurkan melalui MBI?
2) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Perjanjian yang dimeterai pada 3 Ogos 2018 melibatkan pembayaran balik hutang Air Selangor kepada SPLASH bernilai RM4 billion. Bagaimanakah pembayaran berstruktur ini dijalankan?
-
Apakah jadual waktu pembayaran serta adakah kedudukan kewangan semasa Air Selangor membenarkan bayaran dibuat tepat pada waktunya?
2) HUTAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci aktiviti pencerobohan hutan di Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan apakah tindakan yang diambil bagi membendung aktiviti pencerobohan hutan?
-
Sila senaraikan butiran penceroboh-penceroboh yang ditangkap dan didakwa di Mahkamah sejak 3 tahun yang lepas
3) RUMAH-RUMAH KOSONG DAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap rumah-rumah kosong yang terbiar dan terbengkalai sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan sarang penagih dadah?
3) TABUNG AMANAH PENDIDIKAN UNISEL (TAU)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria dan sasaran bagi Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan Skim Tabung Amanah Pendidikan UNISEL (TAU) kepada pelajar-pelajar?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan
-
Jumlah pelajar yang mendapat manfaat?
