Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
223) MEMPERTINGKATKAN PRESTASI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedah audit dalaman yang dilakukan bagi menjamin prestasi UNISEL?
-
Hingga kini sudah berapa kalikah penilai luar berwibawa dijemput membuat penilaian terhadap UNISEL dan apakah hasilnya?
-
Berapakah ratio pelajar bagi setiap tenaga pengajar di UNISEL?
224) MASALAH SOSIAL / KELAKUAN ANTI-SOSIAL
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah kuasa-kuasa yang ada kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangani masalah sosial dan kelakuan anti-sosial?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
225) TANAH-TANAH PERKUBURAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah komposisi dari segi kaum tanah-tanah perkuburan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor dan apakah nama-nama tanah-tanah perkuburan tersebut?
-
Apakah komposisi dari segi kaum jumlah tanah-tanah perkuburan di seluruh Negeri Selangor yang mempunyai kemudahan sistem pembakaran mayat atau ÒcrematoriumÓ?
-
Setakat ini apakah jenis-jenis bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tanah-tanah perkuburan setiap kaum tersebut?
226) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Pemutihan kilang haram tidak bergerak lancar, kerana kadar premium yang perlu dibayar oleh tuan punya kilang semasa penukaran taraf tanah dari pertanian ke industri adalah amat tinggi . Walaupun bayaran diskaun ada ditawarkan, tetapi tuan punya kilang tidak sempat untuk mendapatkan pinjaman bank dalam tempoh tawaran yang berikan. Apakah perancangan baru Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah ini?
227) PROGRAM DAN BANTUAN UNTUK MENGUKUHKAN USUL MANSUHKAN ISA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sejak usul mansuhkan ISA diluluskan di Sidang DUN Selangor, terbukti komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk menjalankan program-program selaras dengan usul tersebut. Lanjutan daripada usaha-usaha tersebut. Apakah bentuk-bentuk program dan berapa banyakkah bantuan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sehingga kini?
-
Apakah badan atau agensi yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menjayakan secara lestari dan mapan program-program serta bantuan-bantuan ini?
-
Adakah kerajaan merancang untuk menerbitkan bahan-bahan kempen serta buku-buku kecil penerangan bagi pengetahuan rakyat perihal kezaliman ISA?
228) HUTAN SIMPAN BAKAU
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan hutan Bakau yang terdapat di Selangor dan apakah keluasannya yang telah diwartakan.
-
Apakah rancangan kerajaan Selangor dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau di Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan yang diambil untuk memulihara kawasan hutan bakau di persisiran Kuala Selangor?
229) MASALAH PEMBERSIHAN LONGKANG DAN PENJAGAAN LANDSKAP
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Terdapat sesetengah Kontraktor F yang telah menerima bayaran tetapi gagal melaksanakan tugas dan kewajipan mereka dengan sempurna seperti pembersihan longkang dan penjagaan landskap. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Negeri Selangor terhadap kontraktorkontraktor tersebut?
-
Mengapakah kerajaan tidak menyerahkan kerja-kerja seperti ini kepada Majlis Perbandaran ataupun Majlis Daerah?
230) PELABURAN KE SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak pelaburan yang masuk ke Selangor sehingga sekarang pada tahun ini?
-
Apakah masalah-masalah yang masih dihadapi oleh Kerajaan Selangor dalam menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik ke negeri Selangor?
231) PERBELANJAAN NEGERI TAHUN 2008
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menerbitkan perbelanjaan negeri dan kertas akaun MBI, agensi kerajaan, anak syarikat negeri untuk tahun 2008 di dalam laman web negeri?
-
Jika ya, sila nyatakan tarikh perlaksanaan dan jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
232) GRADUAN MENGANGGUR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang sedang diambil di Institut pengajian tinggi khususnya di UNISEL untuk melengkapi mahasiswa-mahasiswi
-
Di kalangan graduan institut pengajian yang menganggur, berapakah graduan UNISEL ?