28) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD. (KSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010.
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga KSSB bagi tahun 2010?
28) LESEN PERNIAGAAN TERHADAP KLIA, LCCT, KLIA2 DAN PEMILIK- PEMILIK KONSESI TOL LEBUH RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mengenakan cukai pintu dan lesen perniagaan terhadap premis perniagaan dan tred yang dijalankan di KLIA, LCCT, KLIA2 dan pemilik-pemilik konsesi tol lebuh raya?
-
Jika ya, mengapakah ini tidak dilakukan pada masa dahulu dan hanya dilakukan pada masa sekarang?
-
Dijangka berapa banyak yang dapat dikutip oleh setiap PBT jikalau ini dilaksanakan? Sila beri angka mengikut PBT
28) BANTUAN ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Agihan serahan kepada rawatan dan perubatan, berapa peratus daripada keseluruhan agihan?
-
Apakah jenis perubatan yang tinggi agihannya?
-
Bagaimanakah perancangan sekiranya permohonan melebihi daripada terimaan sumbangan zakat?
28) MANIFESTO KEDIAMAN SENDIRI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan rakyat Selangor yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari 2008 hingga 2012?
-
Apakah skim-skim yang telah diwujudkan untuk membantu mereka?
-
Berapakah jumlah unit rumah atau pangsapuri serta harganya yang telah dibina kerajaan negeri serta anak syarikatnya untuk rakyat memerlukan?
28) RIZAB BERSIH KEWANGAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah rizab bersih di setiap PBT sejak tahun 2008 sehingga tahun yang terkini.
-
Sila senaraikan perancangan MBPJ bagi membelanjakan 20 peratus daripada keseluruhan rezab tunai bersih untuk kemudahan asas dan awam seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri.
28) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan kebersihan Sg. Bernam Hulu Selangor terpelihara?
-
Apakah kriteria yang diambilkira oleh Kerajaan Negeri bagi pemohon lesen ternakan?
28) KESALAHGUNAAN BANGUNAN UNTUK MEMELIHARA BINATANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah dilaksanakan mengenai isu kesalahguna bangunan di kawasan Perindustrian Bukit Beruntung untuk memelihara binatang?
-
Adakah tujuan kegunaan tanah perlu di tukar kepada syarat memelihara binatang?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Haiwan & Jabatan Kesihatan?
28) KESEDARAN ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah tahap kesedaran alam sekitar di kalangan rakyat?
-
Apakah strategi dan program untuk memupuk kesedaran alam sekitar ini?
28) TANAH PAJAKAN 99 TAHUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur pengambilan balik tanah pajakan 99 tahun yang telah tamat tempoh?
-
Nyatakan tindakan kepada pemilik tanah yang ingkar
28) SKIM SMART SEWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan Skim Smart Sewa? Berapakah pemanfaat untuk skim ini?
-
Bagaimanakah RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2017 digunakan?
-
Senaraikan unit-unit Skim Smart Sewa dan lokasi-lokasi mereka.
