54) SKIM KESIHATAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan berkaitan usaha pencegahan dalam menjaga kesihatan wanita daripada Ôpembunuh utamaÕ bagi wanita selain merawat pesakit. Berapakah diperuntukkan untuk perkara tersebut?
54) KADAR PENGANGGURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peratusan rakyat tenaga kerja Selangor yang berada dalam keadaan menganggur pada hujung tahun 2012?
-
Daripada jumlah pengangguran itu berapakah jumlah dari mereka adalah dari golongan belia berumur bawah 35 tahun?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil dalam tahun 2012 dan usaha yang akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan?
54) PENDAKWAAN MAHKAMAH OLEH LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan bilangan dan jenis pendakwaan mahkamah yang dibuat oleh LPHS untuk tahun 2015, 2016, 2017.
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh LPHS untuk membuat lebih banyak tindakan?
-
Apakah rekod menang-kalah oleh LPHS di mahkamah?
54) INISIATIF BAHARU UNTUK GOLONGAN USAHAWAN DAN PENIAGA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam membantu golongan usahawan dan peniaga kecil dalam mengembangkan perniagaan;
-
Apakah inisiatif baharu untuk membantu golongan usahawan dan peniaga kecil meningkatkan taraf hidup mereka.
54) ZON PERKHIDMATAN ANTARABANGSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan Bernam Jaya sebagai Zon Perkhidmatan Antarabangsa. Apakah status semasa zon perkhidmatan?
-
Siapakah yang telah melabur dan berapakah nilai pelaburan yang telah berjaya dibawa?
-
Bagaimanakah zon tersebut dapat diangkat nilainya dan bertaraf antarabangsa?
54) PERUNTUKAN MARRIS BAIKI JALAN SELURUH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan MARRIS yang diterima bagi tahun 2016?
-
Berapakah jumlah daripada peruntukan ini yang telah digunakan?
-
Apakah menjadi amalan Kerajaan Negeri untuk tidak menggunakan kesemua peruntukan MARRIS yang diterima bagi sesuatu tahun?
54) KEKERAPAN PERSIDANGAN DEWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Soalan ini saya ingin tujukan kepada Tuan Speaker tentang kekerapan mengadakan sidang dewan yang saya lihat amat penting untuk memberi laluan kepada semua Ahli Dewan untuk membahaskan perkara-perkara berbangkit setempat. Adakah Y.A.B. Dato' Menteri Besar akan melanjutkan tempoh perbahasan dan tempoh persidangan dewan seperti yang dijanjikan? Bolehkah saya mencadangkan bahawa mengadakan sidang Dewan bulanan?
-
Adakah persidangan ini akan diberi siaran langsungseperti yang dijanjikan?
-
Adakah persidangan ini akan diberi ruangan yang lebih luas kepada pemberita untuk meliputi?
54) SISTEM PEMBENTUNGAN TERBIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan kerajaan Negeri untuk membantu 180 unit rumah di Lembah Beringin yang telah didiami tetapi menghadapi masalah sistem pembetungan terbiar disebabkan pemaju asal tidak menyerahkannya kepada Indah Water Konsortium (IWK) untuk kerja-kerja penyelenggaraan?.
54) PUSAT JUDI HARAM DAN MAKSIAT WARGA ASING DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lokasi yang telah diadukan oleh penduduk dan JKKK? Senaraikan.
-
Apakah hasil penguatkuasaan. Senaraikan.
-
Adakah punca gagal operasi sebab kurang bukti sewaktu operasi dan bagaimana info siasatan yang dibuat JKKK tidak membantu sebagai bukti?
54) PERUNTUKAN BANTUAN SEKOLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Mengapakah peruntukan bantuan sekolah kerajaan Negeri Selangor kepada sekolah tahfiz swasta tidak diselaraskan mengikut jumlah pelajar?
