55) PEMBINAAN RUMAH DI BAWAH PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Mohon YAB DatoÕ Menteri Besar nyatakan berapakah jumlah sasaran kerajaan bagi membantu membina rumah di bawah program kerajaan prihatin sepanjang 5 tahun lepas dan setakat ini berapakah jumlah yang telah dibina?
55) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah pusat dialisis rakyat yang telah beroperasi sepenuhnya?
-
Berapa ramaikah pesakit yang telah didaftarkan melalui program ini? Sila pecahkan mengikut DUN
-
Berapa banyak lagikah pusat dialisis yang masih belum beroperasi dan apakah masalah yang menyebabkan ianya masih tertangguh
55) VIRUS POKOK PISANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Serangan virus penyakit 'moko' telah menyebabkan kematian pokok tanaman pisang secara besar-besaran dan merugikan petani khasnya di kawasan DUN Sungai Air Tawar. Nyatakan keluasan tanaman yang terjejas dan jumlah petani tanaman pisang yang terbabit di Selangor khasnya kawasan DUN Sg. Air Tawar?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi atau meringankan beban para petani?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang memperkenalkan tanaman alternatif untuk membantu petani?
55) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pendapatan per kapita penduduk luar bandar seperti Sabak Bernam, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor dibandingkan dengan Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya bagi tahun 2008?
-
Apakah rancangan kerajaan dalam mempertingkatkan pendapatan per kapita di kawasan luar Bandar?
55) PENDIRIAN KERAJAAN NEGERI DALAM ISU LEBUHRAYA BERTOL
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Pendirian Kerajaan Negeri terhadap empat lagi projek lebuhraya bertol dalam Bajet 2015 iaitu SUKE, Lebuhraya Pantai Barat, DASH dan EKVE sedangkan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melaporkan bahawa penggunaan jalanraya dan lebuhraya di Selangor telah melampaui kapasiti lebih 60%
55) ANAK MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan laporan prestasi setiap Ketua PeBT Selangor pada tahun 2014-2015
-
Sila kemukakan maklumat usahawan muda Selangor
55) BLUEPRINT KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran dan strategi yang digariskan di bawah Blueprint Kemiskinan bagi mengatasi kemiskinan di Selangor?
-
Senaraikan program-program yang terkandung dalam Blueprint Kemiskinan.
55) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Kebanyakan rumah mampu milik dibina sebagai "service apartment", walaupun harga rumah dikawal tetapi cukai petak adalah tinggi disebabkan status tanah adalah dibawah kategori komersial. Apakah usaha akan dilakukan demi mengurangkan beban pembeli-pembeli sedangkan kebanyakan mereka merupakan golongan B40?
55) SKIM SMART SEWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah 30% daripada sewaan akan dipulangkan balik kepada penyewa sekiranya mereka masih tidak mampu membeli rumah selepas tempoh 5 tahun maksima menyewa rumah dibawah Skim Smart Sewa?
-
Adakah penduduk dipaksa pindah selepas tempoh 5 tahun menyewa rumah dibawah skim ini?
55) KERJA-KERJA MEMBAIKI DAN MENAIKTARAF KEMUDAHAN AWAM TAMAN DAN PADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan laporan kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf kemudahan awam taman atau padang di DUN Teratai dalam tempoh Mei 2013- Jun 2017
-
Sila kemukakan senarai lokaliti padang atau taman di DUN Teratai yang masih belum dilengkapi dengan kemudahan permainan atau senaman sehingga masa kini
