55) MASALAH PENTERNAKAN BURUNG WALIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah pengusaha penternakan Burung Walit yang berlesen dan tidak berlesen mengikut daerah di seluruh Negeri Selangor
-
Terdapat banyak percanggahan peraturan yang diguna pakai oleh semua PBT terhadap pengusaha tersebut. Kenapa keadaan sedemikian berlaku dan bilakah suatu garis panduan penyelarasan yang proaktif akan dilaksanakan ?
-
Apakah tindakan yang bakal diambil terhadap pengusaha yang menghasilkan pencemaran persekitaran dan kacau ganggu bunyi yang kuat ?
55) PELAN TINDAKAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi dalam Pelan Tindakan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor bagi mewujudkan persekitaran yang bebas kekangan dan mesra OKU?
-
Senaraikan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh setiap PBT bagi mewujudkan polisi dan perancangan Bandar yang mesra OKU.
55) PEJABAT MCA DAN TADIKA DI JALAN PJS 7/13
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah MCA boleh membina sebuah pejabat dan tadika memandangkan mereka hanya mempunyai lesen menduduki sementara?
-
Sudahkah mereka menghantar permohonan untuk kelulusan pelan bangunan?
-
Adakah Sijil Layak Menduduki bangunan diberi kepada mereka memandangkan bangunan tersebut digunakan sebagai tadika?
55) PERHENTIAN BAS KLANG SENTRAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Penyediaan kemudahan dan penyelenggaraan mematuhi peraturan. Bagaimanakah pemantauan MPK kepada pengurusan?
-
Apakah ada pemantauan pihak MPK, JPJ & SPAD bagi memastikan laluan dan menurunkan penumpang mengikut peraturan?
-
Bagaimanakah kemudahan hentian teksi?
55) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dan peratusan warga emas Selangor yang mendapat faedah daripada skim ini?
-
Masih ramai warga emas yang merungut tidak menerima apa-apa dari skim ini. Apakah terdapat sebarang masalah pelaksanaan?
55) KUARTERS PEGAWAI KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan (jumlah dan pengisian) unit kuarters sedia ada di MBPJ?
-
Apakah bilangan permohonan yang masih menunggu untuk mendapatkan unit kuarters?
-
Apakah kriteria untuk memilih pemohon?
55) PERUNTUKAN MEMBAIK PULIH JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan peruntukan membaik pulih jalan-jalan di seluruh Negeri Selangor selain daripada peruntukan MARRIS yang diuruskan oleh PBT, memandangkan jumlah aduan yang diterima berhubung penyelenggaraan jalan-jalan semakin meningkat.
55) PELABURAN DARI NEGARA TIMUR TENGAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan yang diterima dari negara-negara Timur Tengah dari tahun 2008 sehingga kini?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menarik pelabur dari wilayah tersebut?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mempromosikan hub halal sebagai tarikan untuk pelabur-pelabur datang ke negara ini?
55) UBAHSUAI TANPA KELULUSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Terdapat banyak rumah kediaman terutamanya rumah teres yang telah melakukan ubahsuai pada struktur masing-masing tanpa memohon kelulusan daripada PBT. Walau bagaimanapun, dengan mengambil pertimbangan keadaan politik bahawa agar mustahil untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas pada mereka kerana jumlah yang terlibat mungkin sebanyak melebihi 70%, adakah Kerajaan merancang untuk merancang program pemutihan dengan kos yang tidak memberatkan beban pemilik?
55) ISU BANJIR DI JALAN KUYUH, KAMPUNG BARU SERI KEMBANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bila projek penaiktarafan rumah pam akan disiapkan dan mula berfungsi
-
Berapa jumlah kos keseluruhan?
-
Adakah projek ini mengalami kelewatan?
