55) PROJEK PEMBENTUNGAN LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Projek Pembentungan Langat 2 merupakan projek yang terbesar di kawasan DUN Balakong. Projek ini ditangguhkan beberapa tahun dan hanya bergerak secara berlahan-lahan sekarang. Projek ini juga mengakibatkan kerosakan rumah dan infrastruktur mahupun kemalangan sering berlaku. Alasan yang diberi oleh kontraktor adalah tiada pembayaran daripada Kerajaan Pusat. Apakah Kerajaan Selangor boleh bantu untuk mempercepatkan kerja-kerja projek ini?
55) JUMLAH PELANCONGAN DARI 2007 HINGGA 2017
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah KNS dalam menangani kebanjiran pekerja asing di Selangor terutama dalam kontek peluang pekerjaan buruh dan peluang perniagaan kecil?
-
Apakah peranan PBT bagi memastikan perkara di atas dapat di tangani dan yang boleh dimainkan oleh PBT?
55) PEMBINAAN RUMAH DI BAWAH PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Mohon YAB DatoÕ Menteri Besar nyatakan berapakah jumlah sasaran kerajaan bagi membantu membina rumah di bawah program kerajaan prihatin sepanjang 5 tahun lepas dan setakat ini berapakah jumlah yang telah dibina?
55) VIRUS POKOK PISANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Serangan virus penyakit 'moko' telah menyebabkan kematian pokok tanaman pisang secara besar-besaran dan merugikan petani khasnya di kawasan DUN Sungai Air Tawar. Nyatakan keluasan tanaman yang terjejas dan jumlah petani tanaman pisang yang terbabit di Selangor khasnya kawasan DUN Sg. Air Tawar?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi atau meringankan beban para petani?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang memperkenalkan tanaman alternatif untuk membantu petani?
55) BERNIAGA DI BAHU JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri kepada berniaga di bahu jalan di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menyediakan lokasi perniagaan yang lebih selamat dan selesa?
55) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pendapatan per kapita penduduk luar bandar seperti Sabak Bernam, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor dibandingkan dengan Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya bagi tahun 2008?
-
Apakah rancangan kerajaan dalam mempertingkatkan pendapatan per kapita di kawasan luar Bandar?
55) RANCANGAN MALAYSIA KE-11 (RMK-11) NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan projek-projek dan nilainya di Selangor berdasarkan RMK-11?
-
Sejauh manakah impak projek tersebut kepada pembangunan sosioekonomi Negeri Selangor?
55) PEMBENIHAN AWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah ÔThe Royal Rainmaking TechnologyÕ?
-
Apakah teknologi dari Thailand ini tidak sama dengan teknologi pembenihan awan yang dilakukan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, sekarang ini?
55) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah cara pengiraan cukai taksiran kawasan perindustrian di setiap daerah?
-
Bagaimana untuk memastikan pembangunan perindustrian di Daerah Gombak dapat persaingan dengan daerah lain yang mempunyai kelengkapan infrastruktur yang lebih lengkap seperti jeti, lapangan terbang dan landasan kereta api?
55) PELAN TINDAKAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi dalam Pelan Tindakan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor bagi mewujudkan persekitaran yang bebas kekangan dan mesra OKU?
-
Senaraikan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh setiap PBT bagi mewujudkan polisi dan perancangan Bandar yang mesra OKU.
