56) KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri telah menumpukan perhatian terhadap kebajikan rakyat melalui program merakyatkan ekonomi Selangor. Apakah jenis penumpuan yang mirip kepada kebajikan rakyat?
-
Berapakah peruntukkan Kerajaan Negeri yang disalurkan terhadap kebajikan rakyat?
-
Bagaimanakah cara pengagihan kebajikan ini mengikut kaum dan kedudukan ekonomi?
56) PRESTASI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah keuntungan atau kerugian semua anak syarikat kerajaan negeri pada tahun 2014?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi mengatasi kerugian oleh anak syarikat kerajaan negeri?
56) BAJET INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bajet infrastruktur yang boleh dipohon oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kegunaan baik pulih infrastruktur yang tidak mampu diperuntukkan oleh PBT?
-
Jika tiada, mengapa?
-
Jika ada, sila berikan butir-butir kegunaan bajet tersebut bagi tahun 2010.
56) PERTUKARAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun:
Kategori: Mulut
-
Pegawai Kewangan Negeri Selangor telah diarah bertukar ke salah sebuah kementerian di Putrajaya dengan diberi kenaikan pangkat. Pertukaran berkuatkuasa pada 15 Oktober 2012. Pegawai berkenaan enggan melaksanakan arahan pertukaran itu. Pejabat Menteri Besar pula mengemukakan rayuan demi rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan menteri yang bertanggungjawab. Mengapa pegawai berkenaan enggan mematuhi arahan pertukaran walaupun atas dasar kenaikan pangkat?
-
Apakah implikasi keengganan beliau mematuhi arahan pertukaran terhadap peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan di negeri ini?
-
Tidakkah tindakan pegawai kanan tersebut meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anggota perkhidmatan awam di negeri ini?
56) INSIDEN BANGUNAN RUNTUH Ð JAYA SUPERMARKET
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah laporan penuh mengenai insiden runtuhan?
-
Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan dapat mengelak perkara yang serupa daripada berlaku?
56) PENJUALAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI DAN ANAK SYARIKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan tanah kerajaan negeri yang telah dijual sepanjang 2008Ð2015?
-
Berapakah jumlah keseluruhan tanah anak syarikat kerajaan negeri yang dibangunkan secara usahasama bersama pemaju sepanjang 2008Ð2015?
-
Nyatakan keseluruhan hasil penjualan ini menyumbang ke arah pertambahan hasil rizab kerajaan negeri?
56) TAHUN MELAWAT KLANG 2017
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah persiapan kerajaan untuk menarik pelancong ke Pulau Ketam?
-
Apakah kolaborasi sinergistik kerajaan dengan Kementerian Pelancongan untuk mewujudkan produk pelancongan unik seperti 'eventful boat trip' mengelilingi pulau
-
Bagaimanakah kerajaan menggalakkan warga kota/bandar menikmati alam sekitar segar Pulau Ketam?
56) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri mahu memperkenalkan dasar 1 Produk 1 PBT. Apakah status dasar 1 Produk 1 PBT tersebut
-
Apakah produk pelancongan bagi Majlis Daerah Kuala Langat
-
Bagaimana dasar ini dilaksanakan untuk menarik pelancong asing
56) PENGUNAAN BALAI JKKK UNTUK KEGIATAN PARTI POLITIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah keadaan ini terus dibenarkan berlaku?
56) BALAI RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Kenapa perkara ini terjadi dan adakah kerajaan negeri tidak berupaya untuk menyelenggara balai-balai raya sedia ada?
-
Berapakah kos yang dikeluarkan untuk menyediakan kontena-kontena tersebut di seluruh negeri?
