56) KHIDMAT BAS SELANGORKU PERCUMA (IPR 13)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan, jenis bas (contoh: bas coaster, bas shuttle), jumlah bas percuma dan nombor bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Tempatan (termasuk PJCity Bus).
-
Sila senaraikan kajian terhadap pengangkutan awam di bawah Negeri Selangor terutamanya di sekitar kawasan Petaling Jaya dan Bandar Utama sekiranya ada.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menggunakan bas coaster di sesetengah kawasan? Jika ya, bila ianya akan dijalankan dan bagaimana Kerajaan menentukan kawasan tersebut?
56) FELDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah keberkesanan sistem penyaluran maklumat kita kepada rakyat, terutama di gugusan FELDA terutamanya ada yang masih tidak tahu tentang Skim-skim juga Program-program yang dijalankan oleh kerajaan Negeri setakat ini. Perlukah kita tukar dasar penyaluran maklumat supaya ianya lebih Cepat, Cekap dan Berkesan Bagi Memenuhi Kehendak Dan Ekspektasi kita agar rakyat FELDA sentiasa ÒupdateÓ dengan usaha terkini kerajaan terutamanya seperti kita sebut di taklimat GSA Act baru-baru dan adanya Task Force FELDA Selangor.
56) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah cabaran-cabaran dan halangan yang dihadapi oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan. Bagaimanakah kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.
56) JALAN-JALAN DI BAWAH PENGENDALIAN PEMAJU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sekiranya sesetengah jalan yang digunakan oleh orang awam masih di bawah pengendalian pemaju namun dalam keadaan yang tidak memuaskan, apakah kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri bagi memastikan pemaju menyelenggarakan jalan itu kepada keadaan yang lebih baik?
56) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan statistik jumlah pemanfaat dan perbelanjaan mengikut jenis program MES dari tahun 2008 ke 2013.
-
Sila bekalkan butiran pemanfaat mengikut daerah dan bangsa untuk setiap program MES.
56) WABAK LEPTOSPRIROSIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kes Leptosprirosis (kencing tikus) yang telah berlaku di Selangor?
-
Apakah tempat-tempat rekreasi seperti kawasan air terjun dan jeram selamat dari wabak ini?
-
Apakah tindakan proaktif yang telah diambil untuk menghadapi wabak ini?
56) PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai status terkini Panel Penasihat Klinik Kesihatan di Selangor memandangkan ramai calon belum mendapat surat pelantikan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
56) SEBIDANG TANAH 20 EKAR DI BUKIT TERATAI (SUNGAI SEPUTIH)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status tanah tersebut
-
Berapakah pemaju sedang memohon tanah tersebut dan lampirkan butir-butir pemaju.
56) GOLONGAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Melalui PeBT (Penggerak Selia Tempatan) tidakkah kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan daripada lima ribu ringgit kepada jumlah yang lebih besar, memandangkan golongan belia merupakan aset penting untuk masa depan. Jika ada, nyatakan berapa?
-
Jika tidak, nyatakan apakah perancangan-perancangan yang disediakan oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan ini (belia aset penting masa depan).
56) MANIFESTO ANAK KELAHIRAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Pakatan Selangor mengemukakan Manifesto ketika Pilihan Raya Umum ke-12 yang meliputi 12 perkara sosial dan kebaikan rakyat iaitu antaranya tabung permulaan RM100 setiap anak kelahiran Selangor . Berapakah jumlah anak-anak yang telah menerima RM100 tersebut dan kosnya?
-
Berapakah jumlah tepat atau anggaran kelahiran di Selangor dari 2008 hingga 2012?
-
Apakah cara untuk memastikan semua anak dilahirkan di Selangor menikmati skim ini?
