57) WABAK H1N1 DAN DENGGI DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini wabak demam denggi dan H1N1 di Negeri Selangor ?
-
Apakah langkah pencegahan Kerajaan Selangor dalam menangani kedua-dua wabak ini ?
57) TABUNG BENCANA ALAM SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah dana Tabung Bencana Alam Selangor bagi tahun 2008-2014
-
Senaraikan jumlah peruntukan bencana alam yang disalurkan mengikut pecahan daerah dan insiden bencana alam bagi tahun 2008-2014.
-
Apakah jenis bencana alam yang boleh dituntut sagu hati di bawah Tabung Bencana Alam?
57) PERUNTUKAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi N29 DUN Sri Serdang tahun 2009.
57) TANAH MILIK MBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan semua tanah/hartanah milik MBI dan anak syarikatnya bersama dengan saiz tanah dan anggaran nilai pasaran.
57) TAWAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) telah menjanjikan RM 1, 500.00 kepada setiap anak yang berdaftar. Adakah bayaran tersebut merupakan jumlah minima atau jumlah tetap?
-
Apakah akan berlaku sekiranya Tabung ini gagal membayar RM 1,500 kepada setiap anak Selangor yang berdaftar apabila tiba masanya.
-
Apakah taburan jumlah pelaburan dan bentuk pelaburan yang telah dibuat sehingga kini.
57) KOS PEMASANGAN BILLBOARD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah papan iklan besar (billboard) yang terdapat di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah hasil (cukai) tahunan yang kerajaan peroleh daripada billboard tersebut?
-
Berapa jumlah perbelanjaan kerajaan untuk memasang iklan-iklan besar di Selangor?
57) STATUS TANAH KUIL SITTHI VINAYAGAR BANDAR SAUJANA PUTRA JENJAROM
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan permohonan sebidang tanah di Lot 26141 (PT24389) seluas 0.637 ekar di SP8, Bandar Saujana Putra Jenjarom oleh Persatuan penganut-penganut Hindu Sri Sitthi Vinayagar Bandar Saujana Putra Jenjarom Yang telah dihantar ke Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat? Fail nombor F8/1/441/2015.
57) ISU SAMPAH YANG TIDAK MENDAPAT SERVIS PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu sampah di kawasan kampung-kampung yang tidak mendapat servis kerajaan tempatan?
57) PENGUATKUASAAN TERHADAP WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DI SEPANJANG LALUAN KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah terdapat perancangan pihak majlis untuk menjalankan penguatkuasaan bagi membendung masalah tersebut?
-
Bagaimanakah tindakan pihak kerajaan dalam membendung masalah ini?
57) SUKAN PARAGLIDING DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tempat-tempat yang sesuai di Selangor bagi sukan paragliding
-
Apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap sukan paragliding?
-
Status terkini naiktaraf kemudahan sukan paragliding di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu sebagai persiapan Sukan SEA 2017 dan menarik pelancong sukan tersebut
