57) TANGKI SIMPANAN AIR DI FLAT-FLAT PPR KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Berapa unit tangki flat-flat PPR Kota Damansara yang telah diselenggara selama tempoh 6 bulan yang lepas?
-
Nyatakan nama flat-flat PPR Kota Damansara yang telah melalui penyelenggaraan tangki air?
-
Nyatakan nama kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja pembersihan tangki air?
57) LOOK OUT POINT, HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Kenapa Look Out Point ditutup?
-
Berapakah sewa yang dikenakan atas pengusaha Look Out Point setiap bulan atau setiap tahun?
57) LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah anggota penguatkuasa yang ada di LUAS
-
Apakah kaedah pemantauan terhadap Sungai Semenyih dan Sungai Selangor supaya sentiasa di bawah keadaan yang selamat?
-
Nyatakan "Standard Operating Procedure" (SOP) terhadap laparon pencemaran yang diterima.
57) PROJEK JKR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan senarai kerja yang telah dilakukan atau diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya di Negeri Selangor sejak Mac 2008
-
Sila kemukakan kos dan rasional untuk kelulusan projek tersebut
-
Sila senaraikan kontraktor yang terlibat
57) MASALAH BANJIR DI KAMPUNG MELAYU SUBANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah, sedang dan akan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut?
57) OPERASI PEMBENIHAN AWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah operasi pembenihan awan yang dilakukan di kawasan tadahan air Empangan Sg Selangor mengikut bulan pada tahun 2014
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk operasi pembenihan awan jika musim kemarau terus melanda Selangor pada separuh kedua tahun ini.
57) CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah GST yang telah dibayar oleh PBT kepada Jabatan Kastam masing-masing sejak 2015.
-
Nyatakan jumlah GST yang masih tidak dipulangkan oleh Jabatan Kastam kepada PBT masing-masing dan alasannya.
-
Nyatakan cadangan penyelesaian yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri.
57) TANAH MILIK MBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan semua tanah/hartanah milik MBI dan anak syarikatnya bersama dengan saiz tanah dan anggaran nilai pasaran.
57) PADANG BOLA SEPAK AWAM DI DUN PAYA JARAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membaik pulih beberapa padang awam bagi tujuan pembangunan sukan bola sepak?
-
Adakah cadangan untuk mewujudkan sebuah stadium mini di Padang Awam MBSA di Kg. Paya Jaras Hilir?
57) KELAS PENGAJIAN AL QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah sekolah-sekolah KAFA yang berada di Negeri Selangor sehingga tahun 2008 mengikut susunan daerah.
-
Sila senaraikan jumlah bilangan guru-guru KAFA sepenuh masa dan separuh masa di seluruh Negeri Selangor sehingga tahun 2008
-
Sila senaraikan jumlah elaun guru-guru KAFA Negeri Selangor secara bandingan dengan Negeri-Negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan
