Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
113) NAJIS DADAH YANG BERLELUASA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan statistik terkini jumlah penagih-penagih dadah di Negeri Selangor mengikut pecahan kaum dan daerah.
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai berapakah ramai pembekal-pembekal dadah yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah dari tahun 2008 hingga bulan Jun 2009.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan para remaja begitu mudah terjebak dengan najis dadah.
114) PUSAT PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Pelbagai masalah timbul akibat Pusat Pelupusan Sampah di Jeram merupakan satusatunya pusat pelupusan di negeri Selangor. Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kecekapan pusat pelupusan ini?
-
Apakah perancangan pihak negeri pada masa akan datang untuk memperbaiki kaedah pengurusan sampah di negeri Selangor?
-
Apakah pandangan Kerajaan Negeri terhadap sistem incinerator yang diamalkan oleh negara-negara maju dan bagaimanakah ia boleh dilaksanakan dengan jayanya tidak seperti kegagalan sistem ini di Broga?
115) SKANDAL PKFZ
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan yang dapat dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam mengambil tindakan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)?
116) RUMAH-RUMAH IBADAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat seperti Masjid/Surau, Tokong-tokong Cina, Kuilkuil Agama Hindu, Gereja-gereja Agama Kristian dan lain-lain rumah ibadat di seluruh Negeri Selangor dan apakah nama-nama rumah-rumah ibadat tersebut?
-
Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat tersebut di seluruh Negeri Selangor yang mempunyai hak milik kekal dan yang tidak mempunyai hak milik kekal? Dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi ketiadaan hak milik kekal tersebut?
-
Setakat hari ini, apakah jenis-jenis bantuan yang telah dan akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada :- i) Masjid/Surau; ii) Tokong-tokong Cina; iii) Kuil-kuil Agama Hindu; iv) Gereja-gereja Agama Kristian; dan v) Lain-lain rumah ibadat
117) LAMPU JALAN DALAM TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan terhadap lampulampu jalan di kawasan taman-taman perumahan yang kerap rosak dan tidak di selenggara?
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memasang lampu di sekitar kawasan padang permainan untuk kemudahan orang ramai pada waktu malam?
118) KEGIATAN MEREMPIT DIKALANGAN REMAJA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Negeri Selangor dilihat sebagai salah sebuah negeri yang paling ramai remajanya terlibat dengan mat rempit. Berapakah statistik terkini serta perancangan Kerajaan Negeri untuk menanganinya?
119) TANGGUNGAN PEBELANJAAN PERUBATAN BAGI WARGA EMAS DAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan Warga Emas / OKU dalam mengatasi masalah tanggungan perbelanjaan Perubatan yang agar tinggi ini?
-
Bilakah bantuan tersebut akan dilaksanakan?
120) KRISIS MAKANAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Memandangkan krisis ekonomi sering diikuti dengan krisis makanan dan menimbulkan pelbagai masalah pada rakyat yang miskin. Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah krisis makanan tidak berulang lagi khususnya semasa krisis ekonomi
-
Apakah ketetapan Kerajaan Negeri untuk memastikan wujudnya perimbangan antara perkembangan perindustrian dan perkembangan pertanian
121) PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
ADUN memainkan peranan sebagai agensi Kerajaan Negeri melalui pentadbiran daerah di bawah Pegawai Daerah yang mengetuai Pejabat Tanah dan Daerah. Dalam hubungan antara Kerajaan Negeri dengan ADUN, mengapakah surat-surat Kerajaan Negeri kepada Pegawai Daerah yang ada hubungannya dengan DUN-DUN tertentu tidak dimaklumkan atau disalinkan kepada ADUN-ADUN berkenaan?
-
Mengapakah kes-kes tertentu yang melibatkan penduduk kepada Pegawai Daerah dari DUN-DUN tertentu tidak dimaklumkan kepada ADUN-ADUN berkenaan?
-
Mengapakah (khas dalam konteks Pejabat Tanah dan Daerah Gombak), surat-surat ADUN kepada Pegawai Daerah tidak dibalas dan tidak diberi sebarang maklum balas berbulan-bulan lamanya?
122) PERKUBURAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan Selangor dalam pemberian tanah untuk tanah perkuburan?
-
Berapakah keluasan tanah yang digunakan untuk perkuburan awam dan perkuburan swasta?
-
Apakah syarat-syarat yang dikenakan dalam kelulusan permohonan tanah perkuburan swasta?