11) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah rumah mampu milik yang telah dibina pada tahun 2014 ?
-
Senaraikan daerah-daerah yang terdapat rumah mampu milik di Selangor?
11) KES GUAMAN KERAJAAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kes mahkamah yang sedang dalam proses pengurusan kes, perbicaraan dan rayuan yang melibatkan Kerajaan Selangor dan Pejabat-pejabat Tanah sehingga sekarang. Nyatakan juga firma dan kos guaman yang telah dibayar sehingga sekarang.
12) PEMBERIAN KONTRAK DAN BEKALAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiap-tiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapakah bilangan kontrak yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiaptiap tahun, dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Dari jumlah bilangan kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor, berapa kontrak dan bekalan diberi kepada syarikat bumiputera dan juga bukan bumiputera?
12) SKIM USAHAWAN MIKRO KREDIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pemohon Skim Usahawan Mikro Kredit sejak tahun 2014 sehingga kini?
-
Berapa ramai pemohon yang telah berjaya dan telah mendapat bantuan tersebut?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sejak tahun 2014 sehingga kini?
12) PEMERDAGANGAN MANUSIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan indeks pemerdagangan manusia Selangor dan statistik kes tersebut?
-
Adakah kewujudan pusat-pusat hiburan haram menyumbang kepada jenayah ini ?
12) AJARAN SESAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ajaran sesat yang telah diambil tindakan sekarang?
-
Apakah bentuk pemantauan yang dilakukan untuk mengelakkan merebaknya ajaran sesat berleluasa? dan nyatakan bagaimana pemantauan yang dilakukan untuk membendung fahaman Syiah di Selangor berleluasa?
-
Berapakah jumlah kes jenayah syiah di Negeri Selangor mengikut Daerah untuk tahun 2011/2012?
12) BANTUAN KEPADA SJK (C) CHEN MOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri yang lalu telah menjanjikan bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chen Moh, Petaling Jaya bagi meraih sokongan. Adakah Kerajaan Negeri pada hari ini akan menunaikan janji yang telah dibuat oleh kerajaan yang lepas?
-
Bagaimanakah pemilihan SJK (C) yang layak menerima pakej bantuan negeri dibuat dan bila?
12) SELANGOR MOBILITY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Terangkan secara perinci berkenaan rancangan untuk melaksana program Selangor Mobility?
-
Apakah rancangan untuk perlaksanaan Selangor Mobility di Rawang?
-
Adakah Bas Selangorku akan diteruskan atau dikurangkan setelah perlaksanaan Selangor Mobility?
12) SEKOLAH AGAMA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti sama ada sekolah agama di Negeri Selangor mencukupi untuk menampung jumlah pelajar di Negeri Selangor?
-
Adakah kajian dilakukan sama ada kawasan yang ada keperluan tersebut mempunyai tapak dan juga peruntukan untuk dibina sekolah agama?
12) PILIHANRAYA MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Di Selangor proses pemilihan jawatankuasa masjid telah dilakukan sebelum ini manakala Kerajaan negeri Pulau Pinang pula menamakannya pilihan raya masjid. Adakah kerajaan Selangor bercadang merombak proses pemilihan AJK masjid untuk diadakan seumpama pilihan raya?
-
Siapakah pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk mengadakan proses pemilihan yang adil?
-
Apakah jaminan bahawa proses pemilihan AJK masjid Selangor dilakukan telus dan adil?
