12) HARGA RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek perumahan rumah mampu milik dibawah kelolaan kerajaan negeri?
-
Adakah berlaku kenaikan harga rumah mampu milik ini?
-
Apakah langkah efektif yang diambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah bagi yang kurang berkemampuan?
12) PROJEK INFRASTRUKTUR DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan projek yang tertangguh, terbatal dan diteruskan mengikut jumlah peruntukan selepas pertukaran Kerajaan Persekutuan pada awal tahun 2020
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan projek-projek tersebut dapat diteruskan bagi memastikan kepentingan rakyat dijamin?
12) PEMBERIAN KONTRAK DAN BEKALAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiap-tiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Berapakah bilangan kontrak yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor tiaptiap tahun, dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Dari jumlah bilangan kontrak dan bekalan yang dikeluarkan oleh PBT di Negeri Selangor, berapa kontrak dan bekalan diberi kepada syarikat bumiputera dan juga bukan bumiputera?
12) SKIM USAHAWAN MIKRO KREDIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pemohon Skim Usahawan Mikro Kredit sejak tahun 2014 sehingga kini?
-
Berapa ramai pemohon yang telah berjaya dan telah mendapat bantuan tersebut?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan sejak tahun 2014 sehingga kini?
12) PERKEMBANGAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan seterusnya dalam rancangan ini dan penglibatan ADUN-ADUN dalam perlaksanaannya
12) ZERO TO HERO
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peserta dalam program '' zero to hero'' seperti pinjaman bermusim,program inkubator dan smart partnership.
-
Apakah kenerkesanan program ini kepada peserta dan sumbangan kepada hasil Kerajaan Negeri?
12) PERMIT MENGANGKUT BAHAN GALIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Lori-lori berat yang mengangkut bahan galian seperti tanah, batu dan pasir sering menimbulkan masalah di jalanraya seperti lebih muatan dan kesalahan lalu lintas. Lori-lori tersebut dilihat sentiasa berada di jalan raya tanpa mengira waktu. Ingin tahu, bagaimana permit membawa bahan galian ini dikeluarkan dan apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha.
-
Senaraikan syarikat-syarikat pengusaha kuari di Selangor serta syarat-syarat meletup batu yang sepatutnya dipatuhi oleh pengusaha. Bagaimana kaedah pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang daripada agensi yang berkaitan?
-
Berapakah hasil yang kerajaan perolehi daripada kegiatan kuari, penjualan pasir dan tanah pada tahun 2014 mengikut PBT?
12) KES GUAMAN MBPJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kes mahkamah yang sedang dalam proses pengurusan kes, perbicaraan dan rayuan yang melibatkan MBPJ sehingga sekarang. Nyatakan juga firma dan kos guaman yang telah dibayar sehingga sekarang.
12) SEKOLAH AGAMA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti sama ada sekolah agama di Negeri Selangor mencukupi untuk menampung jumlah pelajar di Negeri Selangor?
-
Adakah kajian dilakukan sama ada kawasan yang ada keperluan tersebut mempunyai tapak dan juga peruntukan untuk dibina sekolah agama?
12) SKIM PEMILIKAN KEDIAMAN PERSENDIRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
Pada awal bulan Jun 2011, YAB Dato MB mengumumkan Skim Pemilikan Kediaman Persendirian. Berapakah tanah berstatus TOL dalam negeri Selangor?
-
Apakah syarat-syarat bagi penduduk rumah setinggan untuk memohon geran dengan bayaran premium RM1000 di bawah skim ini?
