Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

231) PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG – ADA KETUA KAMPUNG BARU DI BESTARI JAYA DILANTIK TETAPI TIDAK FASIH BERTUTUR DALAM BAHASA KEBANGSAAN DAN TIDAK TAHU TENTANG PENGURUSAN ASAS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah proses pemilihan dan pelantikan Ketua2 Kampung ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah temu duga dijalankan bagi pihak Kerajaan untuk memastikan calon2 yang dilantik sesuai dan mempunyai kelayakan sebagai pemimpin masyarakat?

  3. Adakah penilaian prestasi dibuat untuk memantau perkhidmatan mereka supaya sentiasa di tahap yang memuaskan?

232) MEROBOHKAN PREMIS PERNIAGAAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan prosedur Kerajaan Negeri dalam merobohkan premis perniagaan di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri memberi ruang untuk proses rundingan bagi memastikan tiada pihak yang menanggung kerugian akibat premis dirobohkan?

    Klik jawapan »

233) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah Bas Smart Selangor telah disediakan oleh Kerajaan Negeri? Sila senaraikan mengikut kawasan

    Klik jawapan »

  2. Berapakah yang telah dibelanja? Sila beri butiran

  3. Apakah pencapaian ridership bas smart Selangor (nombor penumpang per bas sehari) berbanding dengan purata ridership bas biasa Rapid KL?

234) SUKARELAWAN PANTAS SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah PANTAS Selangor dan berapakah peruntukan yang telah disediakan untuknya?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah keahlian PANTAS setakat ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah keahlian PANTAS ini mewakili semua DUN?

    Klik jawapan »

235) BANTUAN BLUEPRINT KEMISKINAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Berapa peratus sasaran penurunan, jumlah kemiskinan dengan pelaksanaan bantuan blueprint kemiskinan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah penerima bantuan pada tahun 2015 mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memantau setiap penerima bantuan tersebut?

236) KONTRAKTOR SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan terkini kerajaan negeri untuk menyusun semula sistem kontraktor sisa pepejal dan pembersihan awam?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jumlah yang Kerajaan Negeri sedia melabur untuk membeli mesin dan peralatan untuk meningkatkan kecekapan pembersihan awam?

    Klik jawapan »

237) ISU JENAYAH DAN KESELAMATAN BERPUNCA DARIPADA WARGA ASING

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan akan mengambil langkah-langkah lebih ketat memandangkan banyak dilaporkan berlaku jenayah pembunuhan, rompakan, penipuan dan pencabulan daripada warga asing di Selangor kebelakangan ini?

    Klik jawapan »

  2. Jika ya, nyatakan langkah-langkah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Pohon statistik 5 tahun (2011-2015) jenayah warga asing di Selangor

    Klik jawapan »

238) PENINGKATAN KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramai anak-anak luar nikah Muslim didaftarkan di Jabatan Pendaftaran tiap-tiap tahun dari tahun 2008 hingga 2015?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan untuk membantu anak-anak luar nikah ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha-usaha Kerajaan untuk membantu ibu-ibu yang terjebak di gejala sosial ini?

    Klik jawapan »

239) ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pekerja OKU dalam sektor perkhidmatan awam di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jawatan dan jenis perkhidmatan yang dipegang oleh mereka?

    Klik jawapan »

240) KES PAIP PECAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah kes dan kos penyelenggaraan paip pecah mengikut daerah pada tahun 2015.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi mengurangkan gangguan bekalan air tidak berjadual akibat kes paip pecah yang berlaku pada sesuatu kawasan tertentu?

    Klik jawapan »