Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

21) APLIKASI I ADUAN OLEH PBT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh manakah keberkesanan aplikasi di laman web PBT seperti i-Kajang, STARS aduan dan lain-lain digunakan sepenuhnya oleh Rakyat membuat aduan dan masalah kawasan setempat?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan jumlah aduan sampah, jalan rosak dan longkang sumbat dari Tahun 2015 sehingga kini menggunakan sistem aduan STARS Majlis Daerah Kuala Langat.

    Klik jawapan »

22) PROJEK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DI DAERAH HULU SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan projek di bawah peruntukan MARRIS yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran di Daerah Hulu Selangor pada tahun 2014 dan 2015.

    Klik jawapan »

  2. Adakah JPS Selangor berhasrat menjadikan Sg Kubu sebagai mercu tanda Kuala Kubu Bharu melalui projek naiktaraf saliran Sg Kubu di Kuala Kubu Bharu? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  3. Adakah JPS Selangor memastikan projek-projek mengenai sungai di Daerah Hulu Selangor adalah mampan yang menjaga kepelbagaian biologi sungai dan tidak mematikan sungai? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Klik jawapan »

23) PENAMBAHAN BILANGAN PELAJAR KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARIPADA SEKOLAH RENDAH AGAMA-INTEGRASI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapa ramaikah bilangan pelajar SRA dan SRAI yang diterima memasuki SMA setiap tahun di seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan Kerajaan bagi membolehkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPSR dan UPSRA untuk mendapat tempat di SMA?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan SMA bagi menampung permintaan yang semakin bertambah setiap tahun?

    Klik jawapan »

24) PEMBUKAAN JALAN BARU DI PINGGIRAN BANDAR UNTUK ATASI KESESAKAN LALU LINTAS

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kriteria yang digunakan untuk meluluskan pembukaan jalan baru di kawasan kampung pinggiran bandar seperti di Kampung Telok Gadong ke Kampung Delek, Klang?

    Klik jawapan »

  2. Berapa lamakah masa yang diperlukan jabatan yang berkenaan untuk menyediakan solusi penduduk di atas?

    Klik jawapan »

  3. Jabatan manakah yang bertanggungjawab?

    Klik jawapan »

25) RIZAB KEWANGAN PBT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah rizab bersih di setiap PBT dan perancangan PBT untuk membelanjakannya masing-masing.

26) PENYEDIAAN PARKIR DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha menyelesaikan kesesakan parkir di hospital dan klinik kesihatan yang dihadapi rakyat Selangor?

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan memberi kelulusan segera sekiranya ada permohonan untuk membina kawasan parkir di hospital dan klinik kesihatan?

27) PRESTASI KEWANGAN PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan prestasi kewangan PNSB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2015.

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha PNSB untuk menambah baik prestasi kewangan pada tahun 2016?

28) LADANG BABI MODEN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini pelaksanaan ladang babi moden di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah penyelesaian kepada kumpulan yang membantah pelaksanaan ladang tersebut?

    Klik jawapan »

29) CUKAI TAKSIRAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan kadar cukai taksiran mengikut kategori perumahan di setiap PBT Selangor

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah kutipan dan tunggakan cukai taksiran pada tahun 2015 mengikut PBT.

30) PEMASANGAN CCTV DI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri memasang CCTV di kawasan kediaman PPR bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan kawasan kediaman PPR yang memiliki kawalan CCTV

    Klik jawapan »