Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

281) KEHADIRAN ADN-ADN KE PERSIDANGAN DEWAN DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PILIHAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan peratusan kehadiran bagi setiap ADN ke persidangan dewan dari tahun 2014 hingga 2016.

  2. Nyatakan jumlah mesyuarat yang telah diadakan oleh setiap jawatankuasa pilihan dari tahun 2014 hingga 2016 serta peratusan kehadiran setiap ahlinya.

282) STATUS NAIK TARAF MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini projek naik taraf Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah?

  2. Adakah projek ini dijangka siap mengikut tarikh yang ditetapkan?

  3. Adakah terdapat kenaikan kos dan nyatakan sekiranya ada?

283) KADAR NON REVENUE WATER (NRW)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah peratusan terkini NRW di Selangor?

  2. Adakah jumlah ini menepati matlamat pengurangan NRW di Selangor?

284) PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh setiap kawasan masing-masing dengan pencapaiannya

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah peserta program-program yang telah di anjurkan mengikut kawasan masing-masing

    Klik jawapan »

285) PENJUALAN ASET ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan semua aset-aset milik anak syarikat Kerajaan Negeri yang telah dijual sehingga Julai 2016?

  2. Nyatakan lokasi, harga dan kaedah jualan aset-aset tersebut?

286) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peserta yang telah mengikuti program PeBT pada tahun 2015 mengikut PBT?

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menentukan kejayaan program dibawah PeBT?

287) KOS PEMBELAJARAN DAN PERBELANJAAN ANAK MUDA YANG MENINGKAT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Apakah polisi dan program Kerajaan Negeri untuk membantu anak muda yang menghadapi kos perbelanjaan dan pembelajaran yang sangat tinggi?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan anak muda yang mendapat manfaat daripada polisi atau program Kerajaan Negeri tersebut?

    Klik jawapan »

288) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SABAK BERNAM (JPSSB)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut


  1. Bilakah projek membaik pulih ban Sungai Bernam akan bermula?

  2. Berapakah kos keseluruhan membaik pulih tebing sungai tersebut?

289) ISU PERPADUAN ANTARA KAUM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut


  1. Isu Perpaduan antara kaum di Malaysia masih memerlukan penambahbaikan. Apakah langkah Negeri Selangor supaya misi Perpaduan antara kaum dapat disempurnakan?

    Klik jawapan »

290) KES MAHKAMAH MELIBATKAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan semua kes mahkamah yang melibatkan Kerajaan Negeri yang belum selesai?

  2. Senaraikan semua kes mahkamah dan keputusannya yang melibatkan Kerajaan Negeri yang telah selesai?