Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
1) INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan perkembangan terkini industri pelancongan di Selangor?
-
Sila nyatakan apakah implikasi kelembapan ekonomi global terhadap perkembangan industri pelancongan?
-
Sila kemukakan apakah perancangan promosi industri pelancongan bagi 5 tahun akan datang?
2) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (KUIS)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah pelajar luar negara yang mengikuti pengajian sejak ditubuhkan dan nyatakan negara yang terlibat?
-
Apakah pencapaian dan anugerah yang diterima oleh KUIS di peringkat antarabangsa sejak dari tahun 2013?
3) PELABURAN MENERUSI E-DAGANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kerjasama serantau bersama syarikat atas talian dan E-Dagang dalam usaha untuk membantu usahawan tempatan berdaya saing di peringkat global?
-
Apakah bentuk unjuran ia akan memberikan pulangan positif?
-
Berapakah jumlah syarikat yang terlibat dan bentuk perniagaan yang dijalankan?
4) PERUNTUKAN MARRIS KERAJAAN PUSAT
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang diterima dari Kerajaan Pusat untuk tahun 2016?
-
Nyatakan pecahan peruntukan berkenaan mengikut agensi di Negeri Selangor?
-
Apakah prestasi perbelanjaan mengikut agensi?
5) GARIS PANDUAN KEMISKINAN (GPK) SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Garis Panduan Kemiskinan (GPK) Selangor pada paras RM1500 sebulan telah dianggap sebagai ketinggalan zaman. Adakah kerajaan bercadang untuk mengubah GPK dalam masa terdekat supaya bantuan kebajikan kerajaan Selangor dapat disalurkan dengan lebih tepat dan berkesan kepada golongan sasaran?
6) USAHAWAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikan usahawan yang telah dapat manfaat dari bantuan program kerajaan Selangor sejak 2010-2016?
-
Apakah bidang yang telah menjadi fokus kerajaan dalam melahirkan usahawan IKS?
-
Berapakah pendapatan sebulan usahawan IKS yang telah berjaya mengikut bidang masing-masing?
7) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan peruntukan Kuota Bumiputra dalam pembelian rumah di Negeri Selangor?
-
Adakah perbezaan garis panduan peruntukan Kuota Bumiputra pada penjualan rumah Selangorku?
-
Adakah penghapusan Kuota Bumiputra terpakai pada penjualan rumah Selangorku?
8) DENGGI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan dan aktiviti untuk mengatasi denggi di Selangor pada tahun 2016?
-
Sejauh mana masalah denggi dapat diatasi di Negeri Selangor?
9) KILANG HARAM DI SUNGAI-SUNGAI UTAMA SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah kilang-kilang haram di tebing Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Semenyih dan sungai-sungai utama yang lain yang merupakan sumber air mentah untuk loji rawatan air di Selangor?
-
Berapakah yang telah ditutup oleh kerajaan negeri semenjak 2014?
-
Sila senaraikan (b).
10) INSENTIF KERAJAAN UNTUK SOKONG USAHA SENI KEBUDAYAAN TRADISIONAL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif yang boleh diberi kepada aktivis seni budaya tradisi Melayuyang mempunyai bakat tetapi tiada kewangan untuk melonjakkan lagi pencapaian potensi dan sekaligus mewariskan kepada golongan muda , seperti pasukan gamelan, silat dan permainan tradisi?
-
Bantuan kewangan Kerajaan Negeri?