Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

71) KELENGKAPAN VELODROM BAGI SUKAN LUMBA BASIKAL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Kerajaan ada rancangan untuk membina sebuah velodrom bagi sukan lumba basikal di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan pelumba-pelumba basikal dari Selangor yang berjaya memenangi pingat emas, perak ataupun gangsa di peringkat antarabangsa.

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah kelengkapan velodrom dapat melonjakkan prestasi pelumba basikal di Selangor?

    Klik jawapan »

72) TANAH RIZAB MELAYU SG TELAGA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kriteria yang digunapakai ketika menukar status Tanah Rizab Melayu Sg Telaga yang telah diusahakan selama 30 tahun oleh 50 penduduk Kg Kemensah menjadi Hutan Simpan Ulu Gombak Tambahan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah faktor-faktor yang diambilkira oleh Kerajaan bersetuju dengan tindakan Jabatan Perhutanan Selangor menukar status kawasan kebun buah-buahan menjadi Hutan Simpan Kekal dengan kurang mengambil kira kesesuaian tindakan tersebut dan nasib penduduk yang mengusahakan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membela nasib 50 penduduk yang mengusahakan tanah tersebut?

    Klik jawapan »

73) MENYEDIAKAN ATLET SELANGOR UNTUK MEMENANGI PINGAT EMAS PERTAMA DALAM OLIMPIK TOKYO 2020

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Dengan mensasarkan Olimpik Tokyo 2020, sejauh manakah Kerajaan Negeri boleh mengambil langkah proaktif mewujudkan penyelarasan antara Majlis-majlis Sukan Negeri dengan Majlis Sukan Negara?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat halangan untuk Kerajaan Negeri diberikan bidang kuasa eksklusif untuk membangunkan potensi atlet sehingga berjaya memenangi pingat emas pertama daripada Olimpik Tokyo 2020?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan acara-acara sukan yang berpotensi besar untuk memenangi pingat Olimpik

    Klik jawapan »

74) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU, CINA DAN INDIA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah keputusan terkini Kerajaan dalam mewujudkan pusat-pusat di atas?

    Klik jawapan »

  2. Daripada sudut mana pengukuhan kefahaman terhadap pelbagai adat dan budaya bakal melahirkan rakyat yang pentingkan tatakelola pentadbiran negara yang saleh dan muhsin?

75) PENGUMPULAN KHAZANAH KITAB JAWI DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mengumpulkan kitab-kitab Jawi karya Raja-Raja Melayu dan alim-ulama Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan judul kitab-kitab Jawi berusia lebih dari 75 tahun yang telah berjaya dikumpulkan di Selangor

    Klik jawapan »

  3. Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi menjayakan projek tersebut?

    Klik jawapan »

76) PENDOKUMENTASIAN RIWAYAT HIDUP ULAMA RAKYAT YANG BERKHIDMAT DENGAN SULTAN DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mendokumentasikan riwayat hidup ulama yang berkhidmat sebagai penasihat Raja-Raja dan kerabat Sultan di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan bahan-bahan dalam bentuk catatan sahih aktiviti ulama di dalam istana.

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan ulama dan guru-guru yang mengajar Al-Quran dan kitab-kitab kuning di Selangor.

    Klik jawapan »

77) LOJI RAWATAN AIR (LRA)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan loji-loji rawatan air (LRA) yang terdapat di Negeri Selangor termasuk LRA Langat 2, cadangan LRA di Labohan Dagang dan juga di LRA Semenyih 2.

    Klik jawapan »

78) PROGRAM SKIM KHAS PEMBIAYAAN PEMBELIAN RUMAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan peneroka bandar yang telah menerima bantuan perumahan di bawah skim Khas Pembiayaan Pembelian Rumah konsep sewa dan milik mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor sehingga kini

    Klik jawapan »

79) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KE KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatan pada tahun 2016 dan jumlahnya.

    Klik jawapan »

80) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan kos projek untuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan kontraktor yang dilantik, bila kerja-kerja pembinaan mula dilaksanakan dan bilakah tempoh dijangka siap?

    Klik jawapan »