Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

211) TERDAPAT TANAH-TANAH DIBERI KEPADA PIHAK BERKUASA TANAH PERSEKUTUAN (PTP) UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM SEPERTI SEKOLAH, HOSPITAL, BALAI POLIS DAN SEBAGAINYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Berapa ekar tanah telah dipindah milik kepada PTP dalam masa 15 tahun yang lalu?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ekar tanah yang diberi kepada PTP, tetapi tidak dimajukan, senaraikan mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  3. Berapa ekar tanah yang diberi kepada PTP telah dijual kepada pihak ke 3

    Klik jawapan »

212) BIAYA SISWA KUIS & UNISEL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah penerima biaya siswa ini sepanjang tahun 2015?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah yang diterima oleh setiap pelajar?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah keseluruhan yang telah disalurkan?

    Klik jawapan »

213) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila huraikan apakah pencapaian terkini program tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan statistik jumlah bilangan kilang tanpa izin yang telah berjaya diputihkan mengikut pecahan daerah?

  3. Sila nyatakan apakah kekangan,cabaran yang dihadapai serta apakah pelan perancangan 5-10 tahun akan datang?

214) PERUNTUKAN PEBT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah peruntukan PeBT sekarang dapat melaksanakan program- program belia terutama di DUN yang mempunyai bilangan belia yang ramai ?

    Klik jawapan »

215) KESEJAHTERAAN KELUARGA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan bagi membangunkan keluarga yang sejahtera di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah indikator yang digunakan untuk mengukur perkara ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program yang dilaksanakan dan berapakah peruntukan kewangan yang di peruntukan untuk tujuan ini?

    Klik jawapan »

216) PERLOMBONGAN PASIR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan lokasi perlombongan pasir yang masih beroperasi di Selangor?

  2. Senaraikan daerah, keluasan, jumlah royalti dan nama syarikat yang diluluskan untuk mengorek pasir di Selangor pada tahun 2014 dan 2015?

217) VAKSIN RABIES

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah berjaga-jaga oleh Jabatan Veterinar Selangor untuk menangani kemungkinan wabak rabies di Selangor, termasuk perolehan vaksin yang diperlukan khusus untuk keperluan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah usaha untuk culling anjing dan binatang-binatang liar kelihatan telah berhenti dan tidak dijalankan secara berterusan?

    Klik jawapan »

218) KEBERSIHAN GERAI PENJAJA MAKANAN DI DUN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah gred kebersihan gerai dan persekitaran terutama gerai kelompok MPK di Jalan Kenangan, di Pekan Meru dan sekitarnya telah dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Berapa kekerapan pemeriksaan kebersihan gerai dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah gred kebersihan juga melibatkan gerai-gerai persendirian?

    Klik jawapan »

219) SISTEM PENYAMPAIAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah sasaran dan strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan keefisienan sistem penyampaian untuk perkhidmatan dan penyelesaian masalah di Selangor?

    Klik jawapan »

220) PELUANG PEKERJAAN UNTUK GRADUAN TAHFIZ

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah graduan tahfiz di Selangor yang telah berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan graduan tahfiz mempunyai pekerjaan selepas tamat pengajian?