Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

111) PENERIMA DAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan MARRIS yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor dari Kerajaan Persekutuan tiap-tiap tahun dari tahun 2008 hingga 2012?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak dari peruntukan tersebut telah dibelanjakan mengikut tahun dari tahun 2008 hingga 2012?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan MARRIS yang patut dibayar kepada PBT mengikut PBT Negeri Selangor ? dan berapakah bayaran yang telah dibayar kepada PBT, mengikut PBT Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2012

    Klik jawapan »

112) JAMINAN KESELAMATAN PBT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Terdapat inisiatif untuk menambah CCTV dan pegawai penguat kuasa dalam manifesto PRU-13 Pakatan untuk keselamatan di kawasan majlis tempatan. Apakah status akhir pelaksanaan inisiatif ini?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan syarikat kontraktor yang akan menguruskan projek CCTV ini dan rasional pemilihan mereka?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan statistik keberkesanan inisiatif ini dalam menjamin keselamatan awam di kawasan PBT?

    Klik jawapan »

113) BANCIAN TANAH TERBIAR DI KAWASAN SEMPADAN NEGER

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah keluasan tanah terbiar yang terletak di sempadan antara Selangor dengan Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kategori kawasan tanah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah nilai hasil di segi premium atau hasil cukai jika diuruskan secara optimum?

    Klik jawapan »

114) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Bilakah kerajaan akan mula menyediakan pengangkutan awam termaksud perkhidmatan bas di Lembah Klang seperti yang dijanjikan di Manifesto Selangor Pakatan Rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan pelaksanaan janji manifesto tersebut?

115) PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK (NURSERI)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah dan lokasi pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan PBT bagi tahun 2007-2013 dan apakah sasaran untuk tambahan pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) awam bagi 2013-2018.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan bahawa sektor swasta mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) seperti diwajibkan dalam akta?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah bagi memastikan kualiti pusat asuhan kanak-kanak (nurseri) adalah terjaga dan apakah sistem sokongan yang wujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menjaga keperluan golongan wanita yang berumah tangga dan bekerja?

    Klik jawapan »

116) PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Kerajaan Negeri mampu melahirkan belia-belia berkualiti dan mempunyai masa depan yang lebih baik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah-masalah sosial paling tinggi yang melibatkan belia serta pecahan permasalahan tersebut mengikut DUN, PBT & Daerah?

  3. Apakah inisiatif jangka pendek mengikut pecahan DUN/Daerah yang mampu dilakukan oleh kerajaan negeri bagi membendung salah laku dan masalah gejala sosial yang melanda remaja/belia?

117) CCTV

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Berapakah unit CCTV yang dibekalkan di sekitar DUN Teratai demi keselamatan penduduk?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan tahun 2014 untuk perkara 8(a)?

    Klik jawapan »

118) KEMUDAHAN SUKAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Dataran Anak Muda DUN Taman Medan yang terletak di PJS 1/25 masih belum selesai pembinaan kemudahan sukan di tapak yang dipersetujui bersama dengan MBPJ. Adakah kos pembinaan kemudahan tersebut dimasukkan dalam belanjawan MBPJ 2014? Berapakah jumlah serta tajuk projek?

    Klik jawapan »

119) SEKOLAH RENDAH AGAMA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukkan kerajaan negeri untuk menjayakan program pemerkasaan SRA?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bilangan tenaga pengajar di Sekolah Rendah Agama dalam negeri Selangor ketika ini dan adakah mencukupi?

    Klik jawapan »

120) PERUNTUKAN ‘MARRIS’

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah penerimaan peruntukan ÒMARRISÓ bagi tahun 2012?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah wang yang telah digunakan bagi tahun 2012. Jika ada lebihan di akaun manakah wang tersebut disimpan?

    Klik jawapan »