Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

111) PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Kenapa sehingga hari masih terdapat banyak aduan terhadap perkhidmatan kutipan sampah di PBT-PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapa kontraktor telah ditamatkan kontrak kerana tidak berprestasi baik?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah wang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri dalam pembelian kompaktor dan bilangannya?

    Klik jawapan »

112) PROJEK PERUMAHAN BUKIT BOTAK

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasional untuk mengenakan kadar harga rumah yang tinggi kepada pemilik sedangkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dikatakan mempunyai aset yang begitu besar turut mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri?

    Klik jawapan »

  2. Ingin tahu secara terperinci kos sebenar bagi membangunkan projek rumah ini berbanding harga rumah yang ditawarkan yang pastinya telah dibuat berdasarkan unjuran?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pihak Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula bagi mengurangkan harga rumah kepada kadar mampu milik yang amat diharapkan oleh pemilik-pemilik tanah di Bukit Botak?

113) HUTANG TALAM

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini pengutipan hutang syarikat Talam oleh Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah hutang yang telah dikutip?

    Klik jawapan »

  3. Sila berikan butir-butir perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk hutang Talam yang sudah dikutip.

    Klik jawapan »

114) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan secara terperinci bagaimanakah prestasi kewangan Negeri Selangor secara perbandingan sejak 4 tahun yang lepas ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan setakat manakah kesan kemungkinan krisis ekonomi global yang dijangkakan bakal kembali lagi terhadap kedudukan kewangan Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan bagaimanakah keberkesanan prinsip Ketelusan,Keupayaan dan Kebertanggungjawaban serta akauntabiliti yang dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri dalam konteks memperkasakan kedudukan kewangan Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

115) PERUNTUKKAN BANTUAN BULANAN KEPADA JKM OLEH NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapa peruntukkan bantuan bulanan yang ditanggung oleh kerajaan negeri bagi setiap penerima?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri merancang untuk meningkatkan jumlah sumbangan?

    Klik jawapan »

116) PENGUMPULAN AIR HUJAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri merancang untuk menggalakkan orang ramai menjalankan program pengumpulan air hujan secara domestik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah promosi dan insentif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan orang ramai melaksanakan projek ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mewujudkan Òpilot projectÓ pengumpulan air hujan secara domestik?

    Klik jawapan »

117) PENGANGKUTAN AWAM – MONOREL

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan projek ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan kerajaan negeri bagi memastikan projek ini berjalan lancar?

    Klik jawapan »

  3. Apakah projek ini termasuk dalam perancangan pengangkutan awam negeri?

    Klik jawapan »

118) MASALAH BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha jangka panjang yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri dapat menganggarkan berapakah kerugian akibat banjir tersebut ?

  3. Berapa ramai bilangan penduduk yang terlibat dan apakah bentuk bantuan jangka pendek yang telah diberikan kepada mangsa banjir itu ?

119) PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Apakah fungsi dan tanggungjawab pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?

  2. Bagaimanakah kedudukan pejabat Penasihat ekonomi Selangor dalam struktur pentadbiran kerajaan?

  3. Berapakah orang kakitangan dan peruntukan pengurusan tahunan bagi pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?

120) GERAN SELANGORKU

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah garis panduan yang digunapakai dalam proses penilaian dan kelulusan sesuatu permohonan Geran Selangorku untuk menjamin ketelusan dan prinsip kebertanggungjawaban?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Penilaian dan Kelulusan Geran Selangorku?

    Klik jawapan »