Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

201) PEMILIKAN GERAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor pada 2008, berapakah jumlah keseluruhan pemberian geran hak milik persendirian kepada rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila jelaskan mengikut kaum, berapakah peratus pemberian geran hak milik persendirian ini?

    Klik jawapan »

202) PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini usaha penstrukturan semula bekalan air tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Sila perjelaskan apakah asas dakwaan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang kononnya Negeri Selangor akan mengalami krisis bekalan air pada tahun 2015 ?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan butiran terperinci dan kisah sebenar tentang keperluan membina loji Langat-2 seperti yang didesak oleh pihak pembangkang sejak muktahir ini ?

    Klik jawapan »

203) SKIM PERINTIS RAKYAT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan Skim Perintis Rakyat yang menggabungkan peluang pekerjaan tetap dengan persijilan kemahiran bagi tujuan untuk melatih lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti?

204) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah polisi, program dan langkah-langkah yang pasti dapat menjamin kadar tarif yang munasabah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perundangan dan mekanisme yang akan diwujudkan bagi memantau kos operasi Syarikat SPV yang bakal diwujudkan demi menjamin kos operasi yang tidak membebankan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perundangan dan mekanisme yang akan diwujudkan bagi memastikan tiada Òtransfer pricingÓ?

    Klik jawapan »

205) BIASISWA/PINJAMAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK PEGAWAI ANAK SYARIKAT SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah permohonan dan jumlah yang telah diluluskan untuk biasiswa/pinjaman pendidikan kepada pegawai-pegawai Anak Syarikat Selangor sejak pelancaran skim ini dan unit manakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala permohonan dan kelulusan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis biasiswa/pinjaman yang ditawarkan di bawah skim ini dan kriteria

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan membuka tawaran biasiswa/pinjaman pendidikan Anak Syarikat Selangor tersebut kepada orang awam memandangkan permintaan untuk permohonan adalah begitu tinggi sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor yang hendak melahirkan warga negeri yang berilmu.

    Klik jawapan »

206) GERAN SELANGORKU

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah tahap pencapaian setiap kategori tumpuan? Senaraikan peratusan dan jumlah geran yang telah dikeluarkan hingga Jun 2012.

    Klik jawapan »

  2. Apakah sistem perolehan yang diamalkan dalam penentuan tajuk projek dan sistem pemantauannya?

    Klik jawapan »

207) PELAKSANAAN GAJI MINIMA DI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Sejauh mana dapat dilaksanakan dan agensi Kerajaan mana yang menikmati keistimewaan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah strategi untuk melibatkan Syarikat-syarikat swasta

    Klik jawapan »

208) UNISEL

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah UNISEL tidak mempunyai ramai pelajar berketurunan Cina?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak UNISEL bagi menarik lebih ramai pelajar Cina untuk ke UNISEL?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengiktiraf kelulusan Sek. Men. (Persendirian) Cina, sebagai satu keperluan bagi memasuki UNISEL?

    Klik jawapan »

209) PEMBANGUNAN DI BANGI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Berapakah projek perumahan yang dibangunkan sejak 2008 di Bangi?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak Kerajaan Negeri dapat mengawal atau mewujudkan satu polisi untuk tidak membenarkan sesebuah syarikat atau pemodal besar memonopoli pembelian lot rumah, tanah, atau rumah kedai sehingga menindas peluang peniaga kecil atau penduduk Bangi memiliki aset hartanah secara terus dengan pemaju?

    Klik jawapan »

  3. Sila berikan penerangan tentang pembangunan ÔGateway BangiÕ berdekatan tol Bangi dan kepada siapa diutamakan projek ini?

    Klik jawapan »

210) PENGURUSAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah alasan nya yang Ahli Majlis langsung tidak di libatkan dalam Jawatankuasa Perancangan dan Jawatankuasa Pembangunan peringkat PBT ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk Ðbentuk tindakan yang diambil ke atas kontraktor- kontraktor pungutan sampah yang tidak efisien dan gagal menjalankan kerja dengan baik ? Setakat ini berapa ramai kontraktor pungutan sampah yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka di MPK sejak Mac 2012 ?

    Klik jawapan »

  3. Terdapat ramai kontraktor pungutan sampah yang ditolak dalam tender terbuka semata-mata kerana mereka tiada kompaktur. Namun yang menghairankan ada pula yang mendapat habuan tender walaupun tidak mempunyai kompaktur. Saya mohon penjelasan dari MPK.

    Klik jawapan »