Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

101) MASALAH KUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini masalah tersebut dan bagaimanakah penyelesaian secara holistik telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri ?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan PBT manakah yang masih dibelenggu oleh masalah kutipan sampah dan apakah tindakan drastik dan proaktif yang telah dilakukan bagi mengatasi permasalahan tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan secara terperinci kos pengurusan kutipan sampah bagi setiap PBT sebelum dan selepas tamatnya perkhidmatan Alam Flora ?

    Klik jawapan »

102) PEMILIHAN JAWATANKUASA MASJID SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Peranan JAIS dalam menguruskan Mesyuarat Agung?

    Klik jawapan »

  2. Siapa yang berhak menentukan pemilihan Nazir masjid selepas keputusan Mesyuarat Agung?

    Klik jawapan »

  3. Apakah peranan ADN dalam pentadbiran J/K Masjid?

    Klik jawapan »

103) KEMPEN HIJAU

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Sejauh manakah pelancaran Kempen Hijau dilakukan di bawah MPKj?

    Klik jawapan »

  2. Apakah projek dan program yang telah dilakukan?

    Klik jawapan »

  3. Di manakah tumpuan menghijaukan kawasan di Bandar Baru Bangi?

    Klik jawapan »

104) TEMPOH KONSESI PENJANJIAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Siapakah Ahli-ahli Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah tunggakan hutang yang masih belum dijelaskan Suasa Efektif (M) Sdn Bhd kepada MPK.?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bagi tempoh konsesi yang berbaki antara Suasa Efektif (M) Sdn Bhd dan MPK dan bolehkah MPK mengambil alih semula pengurusan kutipan letak kereta?

    Klik jawapan »

105) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Sejak 2008, berapa peratuskah dari 1,662 projek kecil yang telah dijalankan merupakan projek-projek ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri berbanding projek-projek yang mendapat penyaluran dana daripada Kerajaan Pusat?

    Klik jawapan »

  2. Sejak 2008, apakah pecahan dari peruntukan sebanyak RM4.15 bilion yang bersumber daripada Kerajaan Negeri berbanding dengan daripada Kerajaan Pusat?

    Klik jawapan »

  3. Adakah peruntukan menambah baik jalan dan longkang di daerah-daerah tersebut turut melibatkan peruntukan wang MARRIS?

    Klik jawapan »

106) TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah wang caruman yang telah dikutip oleh kerajaan Selangor untuk Tabung Wang Caruman Perkuburan sehingga sekarang? Senaraikan amaunnya mengikut daerah.

    Klik jawapan »

  2. Apakah perkembangan terbaru dalam usaha kerajaan negeri untuk membuka lebih banyak tanah perkuburan yang baru baik untuk kaum Muslim dan bukan Muslim?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan telah mengenalpasti tanah-tanah yang bersesuaian? Jika ya, senaraikan tanah-tanah tersebut mengikut lokasi dan keluasan.

    Klik jawapan »

107) MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan butiran secara terperinci apakah bidang perniagaan yang diceburi oleh MAIS sejak 2008 sehingga kini ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan dengan detail mengenai jumlah keuntungan dan kerugian bagi setiap pelaburan dan perniagaan yang diceburi sejak tahun 2008 hingga kini ?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan kesemua Ahli Lembaga Pengarah MAIS sejak tahun 2008 sehingga kini dan nyatakan apakah perancangan holistik yang bakal dilaksanakan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

108) BANGUNAN TERBENGKALAI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Berapa jumlah dan berapa sudah siap?

    Klik jawapan »

  2. Jenis bantuan yang telah diberi?

    Klik jawapan »

109) KEMPEN ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah yang diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah pendekatan yang diambil untuk menyedarkan rakyat tentang perkara ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kesan positif yang telah dicapai hasil dari pendekatan yang telah dilakukan?

    Klik jawapan »

110) PENGURUSAN PASAR BESAR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan semua penjaja yang menyewa premis di Pasar Besar Klang termasuk penjaja pasar pagi.

  2. Senaraikan nama-nama penyewa yang mempunyai tunggakan sewa di Pasar Besar Klang.

  3. Senaraikan premis MPK yang masih kosong di seluruh Dun Meru.