Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

31) BANGUNAN TEATER DICEROBOH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Majlis Bandaraya Shah Alam di muka surat 79: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bangunan belum beroperasi walaupun sudah siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2008?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kerugian yang ditanggung akibat aktiviti ceroboh tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan taraf teater, kesenian dan kebudayaan di Negeri Selangor dengan beroperasinya teater itu kelak?

    Klik jawapan »

32) PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bagaimanakah pencapaian prestasi Pengerusi JKKK Kampung tradisi , Kampung Baru dan Bagan serta Kampung tersusun ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah bentuk usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan peranan dan mutu perkhidmatan mereka terhadap masyarakat setempat

    Klik jawapan »

  3. Apakah pihak Kerajaan mempunyai perancangan secara holistik untuk meningkatkan kebajikan Pengerusi JKKK termasuk menaikkan elaun yang sedia ada dan juga memberi ganjaran kepada mereka yang dapat menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang ?

    Klik jawapan »

33) HUTANG SYARIKAT TALAM

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah mengambil alih hutang syarikat Talam bernilai RM 392 juta dan dijangka dapat mengutip balik hutang tersebut dengan segera. Apakah status terkini jumlah hutang yang telah dikutip?

    Klik jawapan »

  2. Jika bayaran juga terdapat bentuk pengambilalihan aset hartanah, berapakah nilai aset tersebut dan nilai kutipan tunai?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan kertas putih sebagai tanda ketelusan?

    Klik jawapan »

34) INDUSTRI PADI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Peningkatan hasil padi dan pendapatan pesawah adalah salah satu kandungan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor. Apakah sumbangan kerajaan negeri yang signifikan dalam meningkatkan hasil padi negeri?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan pesawah yang telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka berbanding sebelum ini?

    Klik jawapan »

35) SEWAAN TAPAK PASAR MALAM. PASAR PAGI DAN PASAR TANI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Para penjaja sering membuat aduan berkenaan kenaikan kadar sewa tapak di Pasar Malam, Pasar Pagi dan Pasar Tani. Adakah semua PBT di Negeri Selangor menyelaraskan kadar sewa ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kadar sewa itu membebankan para penjaja ?

    Klik jawapan »

  3. Jika tidak, kenapa para penjaja sering membuat aduan dalam media bercetak ?

    Klik jawapan »

36) POLISI JELAS UNTUK ORANG ASLI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Pendirian Kerajaan Negeri menghormati tanah adat Orang Asli adalah membanggakan. Kerajaan Negeri juga ada berusaha untuk mengenal pasti komuniti Orang Asli di sekitar Selangor ÔmappingÕ. Apakah perancangan lanjutan selepas usaha mengenal pasti Ômapping Ô itu dijalankan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah polisi keseluruhan Kerajaan Negeri untuk Orang Asli di Selangor ?

    Klik jawapan »

37) KADAR KELAHIRAN DAN KEMATIAN

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kadar kelahiran dan kematian di Negeri Selangor pada tahun 2008, 2009 & 2010?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sebab-sebab utama penyebab kematian rakyat di Negeri Selangor pada masa kini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi kadar kematian akibat serangan penyakit-penyakit utama?

    Klik jawapan »

38) JALAN MRT SG. BULOH Ð KAJANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Jalan MRT akan dibina antara Sungai Buloh ke Kajang. Sejauh manakah kerjasama diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap projek Kerajaan Persekutuan ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kewangan yang terlibat dengan pengambilan tanah milik negeri dan individu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kemudahan-kemudahan yang akan dinikmati pengguna perkhidmatan jalan MRT berkenaan?

    Klik jawapan »

39) KAMPUNG BARU

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan dalam peningkatan kualiti hidup di kampung baru?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan cara pelantikan ketua kampung yang diamalkan. apakah rancangan kerajaan dalam pelaksanaan pemilihan umum di kampung-kampung baru?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jumlah kos yang dibelanjakan untuk pembinaan pintu gerbang di kampung-kampung baru?

    Klik jawapan »

40) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah melancarkan kempen massa dan demonstrasi agar industri air di Selangor diambil alih kerajaan negeri. Apakah impak positif terhadap rakyat hasil daripada kempen tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perkembangan mutakhir cubaan kerajaan negeri mengambil alih industri air tersebut daripada pihak swasta?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri mempunyai kewangan yang cukup untuk mengambil alih industri air negeri?

    Klik jawapan »