Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

151) GERAI PLB

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana kah tanah di Gerai UPEN di Taman Seri Watan Ampang di lelong oleh Bank pada tahun 2009, Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap isu seperti ini.

    Klik jawapan »

152) SEKOLAH KAFA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Adakah Jabatan Agama Islam Selangor mempunyai inventori infrastruktur asas sekolah- sekolah tersebut yang pada pemerhatian saya agak kurang sempurna

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri dalam menaikkan lagi taraf sekolah tersebut.

    Klik jawapan »

153) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DI KAWASAN DESA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Tumpuan mestilah diberikan dalam masalah penduduk kampung yang memerlukan jalan, longkang, lampu jalan. Masalah ini masih berterusan ini kampung -kampung di Daerah Kuala Selangor ; juga pembinaan titi atau jambatan kecil untuk melintas parit dari jalan raya ke rumah ; usaha-usaha untuk membaik pulih dan menaik taraf dewan-dewan, gelanggang futsal dan badminton supaya ianya akan digunakan oleh penduduk kampung dengan sempurna. Setakat ini berapa jumlah dewan,balai raya,gelanggang futsal dan badminton di Daerah Kuala Selangor ?

    Klik jawapan »

  2. Berapa yang ada dalam keadaan yang baik ?

    Klik jawapan »

  3. Bolehkah kerajaan sediakan satu jadual bila program infrastruktur untuk menaik taraf jalan, longkang, titi, lampu jalan akan disiapkan ?

154) PERBICARAAN KES MENGHINA INSTITUSI DIRAJA SELANGOR OLEH YB. ADUN SRI MUDA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah bayaran yuran peguam telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri terhadap kes ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah munasabah kerajaan negeri membayar yuran peguam ini?

    Klik jawapan »

155) BANJIR DI KAMPUNG SUNGAI TEKALI DAN KAMPUNG SUNGAI GAHAL, HULU LANGAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk menangani masalah banjir di kawasan tersebut ?

    Klik jawapan »

156) KHUTBAH JUMAAT PADA 10 JUN 2011

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Khutbah Jumaat yang dibaca oleh khatib di mimbar pada 10 Jun 2011 dimaklumkan adalah sama di seluruh masjid di negeri Selangor. Khutbah yang berkaitan fitnah, hukum Qazaf dan empat saksi menimbulkan perselisihan faham di kalangan umat Islam. Nyatakan pihak dan mahupun individu yang bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Mohon siarkan semula sepenuhnya teks khutbah berkenaan?

    Klik jawapan »

  3. Mohon huraikan berkaitan hukum taÕzir berkaitan hal yang sama

    Klik jawapan »

157) INVENTORI ASET NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan inventori aset-aset negeri untuk mengetahui nilai sebenar aset dan pemilikan Kerajaan Negeri bagi tujuan meningkatkan produktiviti?

158) SISTEM MAKLUMAT REKOD JALANRAYA MALAYSIA (MARRIS)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Penyelenggaraan di bawah MARRIS yang dikemukakan oleh ADUN / Penyelaras Pusat Khidmat bagi daerah Klang dan Petaling. Bilakah ia akan dimulakan kerana sehingga soalan ini ditanya, masih tiada perkembangan?

    Klik jawapan »

  2. Berikan penjelasan kenapakah pegawai yang terlibat di Majlis Bandaraya Shah Alam tidak merujuk kepada ADUN Kawasan / Penyelaras Pusat Khidmat sebelum membuat keputusan jalan yang perlu di perbaiki mengikut keutamaan?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan jumlah sebenar yang di perolehi oleh kawasan DUN Sri Muda dari MPSJ, MPK DAN MBSA kerana tiada maklumat tepat diterima.

    Klik jawapan »

159) MEWUJUDKAN SEBUAH BANDAR BAGI KAUM CINA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai sebarang perancangan untuk mempunyai satu Bandar bagi kaum Cina seperti ÒChina TownÓ pada masa hadapan?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai satu Bandar Cina (China Town) tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membuka sebuah Bandar Cina (China Town) untuk menarik lebih ramai para pelancong ke Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

160) AUDIT TERHADAP PKNS INFRA BHD

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk kepada Usul No. 16 tahun 2010 berkenaan ÓAudit terhadap PKNS Infra BhdÓ: Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap usul ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah strategik yang telah diambil terhadap Excelon Sdn Bhd?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos operasi Excelon Sdn Bhd, jika ada, sepanjang tahun 2009-2010?

    Klik jawapan »