Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

31) TUNGGAKAN BIL AIR PANGSAPURI TAIPAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk kepada Usul No. 19 Tahun 2010 berkenaan ÓTunggakan Bil Air Pangsapuri TaipanÓ: Apakah jawapan SYABAS terhadap saranan Kerajaan Negeri melalui LPHS bagi penyelesaian masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pertambahan tunggakan bil air bagi tahun 2010?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah kebocoran air bagi jangka masa panjang?

    Klik jawapan »

32) SYABAS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah status perundingan pembelian balik konsesi air daripada SYABAS?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pendirian terhadap pembelian balik bond SYABAS berjumlah RM 6.5 bilion oleh PAAB?

    Klik jawapan »

33) JANJI MANIFESTO

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Manifesto Pakatan Rakyat (PKR dan PAS) ada menggariskan "bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah" dan "bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri". Apakah kerajaan negeri telah bersedia untuk melaksanakan dua janji tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Menurut kajian kerajaan negeri berapakah implikasi kewangan yang perlu ditanggung?

    Klik jawapan »

34) TADBIR URUS ANAK SYARIKAT NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak dakwaan tadbir urus tidak baik khasnya melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan ( accountable ) terhadap masalah ini ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mengadakan program tertentu untuk mengukuhkan tadbir urus anak syarikat terbabit ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan dan tindakan untuk memulihkan kredibiliti anak syarikat yang terjejas yang terjejas ?

    Klik jawapan »

35) GERAN MARRIS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan memperuntukkan geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk menyelenggara jalan-jalan raya. Berapakah peruntukan MARRIS yang diterima oleh kerajaan negeri sejak 2009 sehingga 2011?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah prestasi penggunaan geran tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah geran tersebut digunakan untuk tujuan lain kerana didapati banyak jalan tidak diselenggara dengan baik?

    Klik jawapan »

36) PERANAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PENGANGKUTAN AWAM NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Walaupun kini terdapatnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat yang akan menyelaraskan kesemua sistem pengangkutan Awam , tetapi pihak Negeri juga harus bertindak menyediakan perkhidmatan bas yang mencukupi . Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan sistem perkhidmatan basnya yang tersendiri ?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan boleh menjadi penggerak utama untuk melaksanakan suatu perkhidmatan bas yang cekap di bandar ?

    Klik jawapan »

37) KUIL DAN TOKONG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bantuan kewangan yang telah diberikan kepada kuil dan tokong? Sila nyatakan mengikut kawasan DUN, jumlah dan kegunaannya

  2. Adakah kerajaan memberi tanah kepada kuil dan tokong. Jika ada sila nyatakan tapak dan saiz

38) PENGELUARAN GERAN TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Sejak kerajaan Pakatan memerintah Selangor, banyak permohonan tanah diluluskan. Berapakah jumlah permohonan tanah (bergeran) telah diluluskan?

    Klik jawapan »

  2. Daerah manakah paling banyak kelulusan diberikan?

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah premium tanah begitu tinggi dikenakan?

    Klik jawapan »

39) PELANCONGAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah pelancong domestik dan asing yang datang berkunjung ke Negeri Selangor dan senarai kawasan tumpuan pelancong yang utama ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah promosi yang dijalankan oleh pihak Kerajaan dalam usaha menjadikan Dun Sekinchan sebagai kawasan destinasi tumpuan pelancong yang unggul ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah kaedah sebaran yang diguna pakai oleh pihak Kerajaan dan bagaimanakah tahap keberkesanan yang disasarkan?

    Klik jawapan »

40) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI DALAM KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak lokasi telah dijadikan tempat pembuangan sampah haram di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Kajang oleh pihak individu, peniaga-peniaga, kontraktor binaan dan pelupusan sampah. Apakah usaha ataupun rancangan jangka panjang kerajaan negeri dan pihak PBT dalam menangani masalah ini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca sebenar pembuangan sampah haram ini berlaku ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha pihak PBT untuk menangani masalah pembuangan sampah haram di Pekan Batu 14 Hulu Langat, Pekan Batu 18 Hulu Langat, Jalan Sungai Tekali (berhampiran Taman Titiwangsa), Batu 15 Jalan Hulu Langat (Bukit Kundang), Hadapan Flat Cheras Awana, Jalan Ampang Hulu Langat, Hadapan Kondominium Green Acre Bandar Sg. Long dan Hadapan Kondominium Cypress Bandar Sg. Long ?

    Klik jawapan »