Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

71) AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT (FOIA)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Sila jelaskan status perlaksanaan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor pada 1 April 2011. Keberkesanan FOIA bergantung kepada komitmen Kerajaan Negeri dan penglibatan rakyat.

  2. Sila senaraikan usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan rakyat melalui kefahaman rakyat mengenai hak-hak mereka.

72) MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah Majlis Bandaraya Shah Alam boleh meluluskan pindaan pelan susun atur Kota Kemuning (seksyen 31) Shah Alam dengan memansuhkan pembinaan jambatan susur (flyover) yang menyambungkan Persiaran Malaxis dan Persiaran Mokara tanpa sebarang alasan yang munasabah

    Klik jawapan »

73) TAPAK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan lokasi tanah yang telah digazetkan untuk tujuan rumah ibadat bukan Islam mengikut pecahan PBT seperti disyaratkan oleh Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor, Perkara KM 4-3 bagi tahun 2008-2011.

    Klik jawapan »

74) PERUNTUKKAN BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi tahun 2011.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan nama Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukkan tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah perbandingan peruntukkan antara Sekolah Agama Rakyat dengan SJK(C) dan SJK(T) bagi tahun 2011.

    Klik jawapan »

75) SOKONGAN TERHADAP PENERANGAN DI PERINGKAT DUN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah strategi Kerajaan Negeri terhadap penyebaran Selangor Kini dan Selangor Times serta penyiaran TV Selangor dan Radio Internet di peringkat DUN?

  2. Apakah program-program penerangan Kerajaan Negeri melalui saluran institusi dan agensi Kerajaan Negeri yang terdapat di kawasan-kawasan DUN seluruh Selangor?

  3. Apakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk mewujudkan seorang pegawai penerangan melalui pusat-pusat khidmat ADUN?

76) AKAUN JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) UNTUK KAWASAN MPAJ

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan akaun JKP (atau MPP) untuk setiap zon bawah MPAJ tahun 2010 (bukan peruntukkan ahli majlis).

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang sepatutnya memantau akaun JKP?

    Klik jawapan »

77) JALAN UTAMA BAGAN SEKINCHAN MENUJU KE SUNGAI LABU

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf jalan utama Bagan Sekinchan menuju ke Sungai labu akan dijalankan ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja menaiktaraf dan melebarkan persekitaran kunci air akan siap sepenuhnya dan berapakah kos sepenuhnya ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan tahunan yang disalurkan oleh pihak JKR untuk Jalan tersebut ?

    Klik jawapan »

78) PENERANGAN SELANGOR PERLU DITINGKATKAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Umumnya tawaran Kerajaan Selangor melalui MES dan Warga Emas tidak sampai dan diketahui oleh rakyat Selangor. Sejauh manakah keberkesanan Penerangan Negeri Selangor?

  2. Apakah penerbitan dan maklumat mengenai projek Negeri Selangor sampai ke sasaran.

  3. Apakah kaedah lain yang difikirkan bagi memperkasakan Penerangan Negeri Selangor?

79) RUMAH IBADAT & TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah ibadat setiap agama dalam tahun 2008-2010.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah keluasan tanah perkuburan awam setiap agama yang sedia ada?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perhitungan yang digunakan dalam perancangan untuk keluasan tanah perkuburan setiap agama?

    Klik jawapan »

80) KILANG HARAM

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan bilangan kilang-kilang haram yang telah diputihkan sejak tahun 2008 di setiap PBT atau daerah dan bandingkan pencapaian ini dengan pencapaian sebelum tahun 2008.

    Klik jawapan »