Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

141) PUSAT DIALISIS RAKYAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah Pusat Dialisis Rakyat yang telah ditubuhkan di Negeri Selangor? Sila senaraikan lokasi-lokasi pusat tersebut

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah pusat dialisis?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah kos yang diperlukan untuk setiap bulan untuk pusat-pusat tersebut?

    Klik jawapan »

142) SUNGAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Rancangan bagi pembersihan Sungai Kelang. Setakat manakah pembangunan yang sedang dijalankan?

  2. Siapa dan berapakah syarikat yang mengambil bahagian dalam pembangunan ini?

143) PENGGUNAAN KEMUDAHAN DEWAN ORANG RAMAI DAN BALAIBALAI RAYA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Pada tahun lalu, Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor termasuk MPS, begitu ghairah mengambil alih pengurusan dewan-dewan dan balai-balai raya di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. Tindakan ini telah menimbulkan banyak masalah serta membelakangkan kepentingan rakyat. Selain kemudahan-kemudahan ini telah tidak di selenggara dengan baik oleh PBT, penduduk-penduduk tempatan juga menghadapi masalah untuk mengadakan program kemasyarakatan dari semasa ke semasa oleh kerana kelulusan bagi penggunaan kemudahan tersebut ditolak oleh pihak PBT. Apakah rasional dan motif sebenar pengambilalihan pengurusan kemudahankemudahan tersebut oleh PBT

    Klik jawapan »

  2. Mohon nyatakan bilangan permohonan penggunaan kemudahan dewan dan balai raya yang telah diterima oleh PBT dalam kawasan DUN Taman Templer dan bilangan permohonan yang telah dinafikan serta sebab-sebab bagi penafian berkenaan

    Klik jawapan »

144) KEMUSNAHAN PANTAI KELANANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menjaga pembangunan Pantai Kelanang yang terbiar sekarang ini?

    Klik jawapan »

145) PELAN INFRASTRUKTUR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan jangka pendek dan panjang Pelan Infrastruktur Negeri untuk sepuluh tahun akan datang?

146) STATUS PEMBANGUNAN LEMBAGA GETAH MALAYSIA (RRIM)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Ladang Lembaga Getah Malaysia ( RRIM ) dan Pusat Penyelidikan terletak di U4 Shah Alam sepanjang jalan Subang ke Sg.Buloh. Pusat Penyelidikan Getah ini adalah kepunyaan Kerajaan Persekutuan dan tanah adalah kepunyaan Kerajaan Negeri Selangor. Apakah perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri atas penggunaan tanah tersebut oleh Lembaga Getah Malaysia, Sg.Buloh?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menuntut balik tanah tersebut daripada Lembaga Getah Malaysia dan apakah perancangan pembangunan di kawasan ini?

    Klik jawapan »

147) HOTEL BAJET, CYBER CAFE DAN PUSAT JAGAAN KESIHATAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk pembinaan/pemberian lesen hotel bajet, cyber cafe dan pusat jagaan kesihatan seperti rumah urut dan SPA?

    Klik jawapan »

  2. Adakah satu garis panduan dikeluarkan kepada semua PBT dan adakah dasar ini diselaraskan di semua PBT?

    Klik jawapan »

148) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapa peratuskah golongan usia emas yang telah didaftarkan di dalam Skim Mesra Usia Emas di negeri Selangor sehingga kini

    Klik jawapan »

  2. Bilakah fasa kedua skim ini yang memberi manfaat semasa hayat dapat di laksanakan

    Klik jawapan »

149) TENAGA KERJA ASING

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Selain insiatif Persektuan membendung masalah kebanjiran pekerja asing, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri boleh memainkan peranan untuk menggantikan tenaga kerja asing dengan tenaga kerja tempatan terutama di sektor perkhidmatan?

    Klik jawapan »

150) KECURIAN PASIR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri bercadang mewujudkan sebuah pasukan penguatkuasa atau semacam polis bantuan untuk mengekang aktiviti kecurian pasir?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengenakan penalti kepada pejabat tanah daerah akibat tidak dapat mengawal industri pasir?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan menyediakan peruntukan khas bagi memperbaiki tebing sungai dan jambatan runtuh akibat aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal?

    Klik jawapan »