Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

21) AKTIVITI KEDAI MESIN JUDI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Kegiatan mesin judi makin berleluasa di Pelabuhan Klang. Mengapakah pihak PBT tidak mengambil tindakan bagi mengatasi masalah begini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak PBT sudah dibeli supaya tidak mengenakan tindakan ke atas pengusaha kedai mesin judi?

    Klik jawapan »

22) BELIA DAN PERANAN ANAK MUDA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah inisiatif kerajaan negeri di dalam melibatkan peranan anak muda di dalam proses membuat polisi dan dasar kerajaan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan kesedaran sivik generasi muda di dalam membawa perubahan kepada masyarakat?

    Klik jawapan »

23) KOMUNITI BERPAGAR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status garis panduan baru yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk konsep komuniti berpagar?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah garis panduan Kerajaan Negeri akan diselaraskan dengan garis panduan yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah anggaran komuniti berpagar (sama ada dengan atau tanpa kebenaran) yang sedang beroperasi di semua kawasan PBT Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

24) CEGAH MAKSIAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Beberapa bulan yang lalu, YB DatoÕ Dr. Hassan Ali telah mengisytiharkan peranan pegawai-pegawai masjid di Selangor yang akan diperkasakan melalui autoriti yang diberikan oleh JAIS untuk mencegah kemungkaran di Qariyah masing-masing. Sejauh manakah peranan ini telah dimainkan oleh pegawai terbabit dan keberkesanan kepada arahan terbaru ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah tangkapan yang telah dilakukan?

    Klik jawapan »

  3. Minta diberikan pecahan jumlah tangkapan mengikut daerah dalam negeri Selangor?

    Klik jawapan »

25) KEJAYAAN PROGRAM HARI TANPA PLASTIK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Setakat ini adakah program ini berjaya dan memberi kesedaran kepada masyarakat atau memberi keuntungan kepada pasar raya hasil jualan beg plastik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memberi kesedaran penggunaan bahan plastik dan alam sekitar kepada rakyat secara menyeluruh?

    Klik jawapan »

26) H1N1

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik pesakit positif H1N1 dan gejala menyerupai H1N1 di Selangor?

  2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan negeri untuk membendung gejala H1N1?

27) KEGAWATAN EKONOMI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Apakah status semasa ekonomi Negeri Selangor dan adakah Selangor sudah keluar dari kemelut masalah ekonomi ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah langkah tambahan yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk memulihkan dan memacu ekonomi negeri ?

    Klik jawapan »

28) KESALAHGUNAAN BANGUNAN UNTUK MEMELIHARA BINATANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah dilaksanakan mengenai isu kesalahguna bangunan di kawasan Perindustrian Bukit Beruntung untuk memelihara binatang?

    Klik jawapan »

  2. Adakah tujuan kegunaan tanah perlu di tukar kepada syarat memelihara binatang?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Haiwan & Jabatan Kesihatan?

    Klik jawapan »

29) AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan penunjuk aras, indikator atau Key Results Area (KRA) yang telah ditetapkan kepada setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan apakah pencapaian setiap Exco

    Klik jawapan »

30) SENARAI PROJEK USAHASAMA DENGAN LEBAR DAUN SDN. BHD.

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan projek-projek pembangunan secara usaha sama antara syarikat lebar Daun Sdn. Bhd. dengan kerajaan negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan juga keuntungan-keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan negeri melalui projek-projek usaha sama dengan syarikat ini?

    Klik jawapan »