Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

221) PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya( MBPJ) mempunyai program lengkap untuk aktiviti pembasmian kemiskinan di bandar. Adakah semua PBT di Selangor mempunyai program yang sedemikian

    Klik jawapan »

  2. Apakah sumbangan Kerajaan Negeri kepada programÐprogram yang sedemikian?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tatacara yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri untuk memantau dan menilai pencapaian program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh PBT?

    Klik jawapan »

222) PENGURUSAN SISA KUMBAHAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan dalam mengawal selia kuantiti kumbahan sisa daripada restoran, gerai makanan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kaedah atau sistem yang digunakan untuk mengawal selia minyak buangan bengkel-bengkel kenderaan motor dan jentera?

    Klik jawapan »

223) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan sehingga kini, apakah prestasi pencapaian program tersebut?

    Klik jawapan »

224) BAGI MENINGKATKAN ATAU MENAIK TARAF SEMUA PBT SUPAYA IANYA LEBIH KEHADAPAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah ada pemilihan atau pertukaran Ahli-Ahli Majlis di PBT negeri Selangor selepas berakhir tempoh perkhidmatan mereka akhir Jun ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan pelantikan Ahli-Ahli Majlis di PBT kali ini terdiri dari mereka yang betul-betul mantap dan bertanggung jawab yang dapat menjalankan tugas mereka dengan baik

    Klik jawapan »

  3. Apakah pula tindakan yang diambil untuk memulihkan prestasi Kakitangan & PegawaiPegawai Kerajaan Negeri termasuk juga Ahli-Ahli Majlis juga Ketua-Ketua Kampong yang menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dalam perkhidmatan mereka?

    Klik jawapan »

225) TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SG. SEDU, KUALA LANGAT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sanitary Landfill Tanjung Dua Belas telah dibuka dan digunakan bagi menggantikan tapak pelupusan sisa pepejal Sg. Sedu, Kuala Langat. Akan tetapi, tapak pelupusan di Sg.Sedu ini yang tidak digunakan lagi, tidak diuruskan dengan baik misalnya sampah tidak ditutup dan sebagainya. Oleh sebab itu, tapak tersebut masih mengeluarkan bau busuk dan terus menjejas kehidupan penduduk berhampiran. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah pencegahan dan teknologi yang akan digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan masalah yang sama berlaku di Sanitary Landfill Tanjung Dua Belas?

    Klik jawapan »

226) PEMBERIAN TOL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah TOL yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Petaling untuk kawasan DUN Subang Jaya sejak tahun 2008? Sila berikan butir-butir seperti nama pemilik TOL, kegunaan tanah, tarikh luput TOL dan lokasi tanah

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang menentukan pemberian TOL?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan faktor dan proses yang terlibat untuk pemberian TOL dan nyatakan perbezaan (jika ada) di bawah pemerintahan kerajaan negeri baru.

    Klik jawapan »

227) TV SELANGOR DAN SELANGOR KINI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Meminta kerajaan memberi statistik terkini hit-rate laman web TV Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Apakah cara-cara yang telah dilakukan untuk memperkasakan TV Selangor dan Selangor kini supaya ianya mampu bersaing dengan media aliran utama?

    Klik jawapan »

228) HUTANG TALAM

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah hasil hutang Talam yang berjaya dikutip oleh kerajaan negeri sejak tahun 2008 sehingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa Talam akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi menjelaskan segala hutang syarikat tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan negeri bagi menggunakan jumlah hutang yang berjaya dikutip daripada TALAM untuk pembangunan negeri?

229) GERAN USAHAWAN YANG TIDAK MELEBIHI RM10000 YANG DILANCARKAN PADA TAHUN 2009 OLEH PEJABAT EXCO KEUSAHAWAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah ramai orang yang telah berjaya untuk mendapatkan geran tersebut. Sila nyatakan nama pemohon, syarikat-syarikat terlibat, tujuan untuk mendapat geran dan berapakah geran yang mereka dapat.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah pihak kerajaan memantau geran yang telah diberi kepada usahawanusahawan adalah untuk tujuan perniagaan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah geran ini diteruskan pada tahun 2010? Jika ada bilakah permohonan tersebut dibuka dan ditutup?

    Klik jawapan »

230) PUNGUTAN HUTANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Adakah dijangka Syarikat Talam akan menyelesaikan semua hutangnya kepada Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Syarikat-syarikat mana lagi kah yang masih berhutang dengan Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang akan diambil bagi mendapatkan hutang-hutang berkenaan?

    Klik jawapan »