Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

91) PELABURAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah jumlah pelaburan yang telah dihasilkan oleh rakyat tempatan di Negeri Selangor ini, semenjak tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah para pelabur tempatan yang telah menyumbang kepada ekonomi Negeri Selangor dan apakah bidang-bidang pelaburan yang telah diceburi dan diusahakan oleh mereka-mereka ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik perhatian agar lebih ramai para pelabur tempatan datang melabur bagi menjanakan lagi pertumbuhan dan ekonomi Negeri Selangor pada masa kini?

    Klik jawapan »

92) PEMBANGUNAN SUNGAI KELANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Berikan lokasi sebenar yang diberi tumpuan baik pulih.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang akan digunakan bagi membaik pulih?

    Klik jawapan »

  3. Apakah pulangan yang dijangka didapati Kerajaan Negeri dari projek baik pulih?

    Klik jawapan »

93) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan kerajaan Negeri Selangor dalam mengurangkan kos penyelenggaraan sisa pepejal setiap PBT?

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha kitar semula berlandaskan pengasingan pada sumber?

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor kaji semula pelantikan Alam Flora Sdn Bhd dalam penyelenggaraan sisa pepejal di setiap PBT?

94) PEMULIHAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah keseluruhan projek rumah terbengkalai yang telah dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor mengikut susunan daerah ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan secara terperinci sehingga setakat ini,berapakah projek rumah terbengkalai yang sudah berjaya dipulihkan sejak pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor dan manfaat secara langsung kepada rakyat Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan berapakah jumlah suntikan dana yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha ini dan kesannya terhadap perkembangan ekonomi Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

95) MODAL INSAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri ada program SPIES untuk membina modal insan di Selangor. Berapa orangkah yang telah dilatih sehingga akhir 2009?

    Klik jawapan »

  2. Apakah impak positif yang nyata hasil pelaksanaan program ini sejak dua tahun yang lalu?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri bersetuju bahawa kewujudan banyak pusat hiburan telah merosakkan agenda SPIES negeri?

    Klik jawapan »

96) PENGLIBATAN NGO

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Badan Bukan Kerajaan (NGO) boleh menjadi rakan strategik kerajaan dalam pelaksanaan dasar dan program. Nyatakan bilangan, nama dan fungsi NGO-NGO yang telah menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang telah diberi kepada NGO-NGO berkenaan?

    Klik jawapan »

97) BEKALAN AIR PAHANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terkini projek penyaluran dan pembelian air dari negeri Pahang ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah wujud impak sosial dan alam sekitar hasil daripada projek penyaluran air ini?

    Klik jawapan »

98) SMUE

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Sejak negeri Selangor ini berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, banyak skimskim bantuan rakyat telah diperkenalkan dan rakyat merasakan nikmatnya seperti Skim Usia Emas, TAWAS dan sebagainya. Tolong berikan jumlah RM perbelanjaan yang telah dibuat sepanjang tahun ini berbanding bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Pecahan RM jumlah antara kaum yang telah menerima sumbangan di atas?

99) KEMPEN KITAR SEMULA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Selain daripada kempen ÔHari Tanpa Beg PlastikÕ pada setiap hari Sabtu, apakah kempen-kempen lain yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Pengguna merasakan pembayaran 20 sen untuk sehelai beg plastik telah menguntungkan peniaga. Apakah pandangan kerajaan negeri terhadap hal ini?

    Klik jawapan »

100) GARIS KEMISKINAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah anggaran rakyat Selangor yang kini berada di bawah garis kemiskinan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyat Selangor yang berada di bawah garis kemiskinan?

    Klik jawapan »