Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

151) INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan keuntungan dan kerugian setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf IPT-IPT tersebut.

    Klik jawapan »

152) NELAYAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor yang telah diluluskan untuk membantu nelayan yang berpendapatan rendah dalam tahun 2010 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan jenis peruntukan yang telah diluluskan pembahagiannya mengikut daerah-daerah dan bilangan nelayan yang dapat faedahnya.

    Klik jawapan »

153) ORANG ASLI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan negeri ada menubuhkan Badan bertindak Tanah Orang Asli untuk menjaga kepentingan orang asli di Selangor. Apakah program untuk kemajuan orang asli yang telah dirangka dan dilaksanakan ?

  2. Nyatakan jumlah orang asli dan keluasan tanah mereka mengikut daerah ketika ini ?

154) MENJANA EKONOMI IBU TUNGGAL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keseluruhan ibu tunggal yang telah berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri khususnya DUN Pelabuhan Klang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bantuan/ jenis latihan kemahiran berterusan yang disalurkan kepada mereka bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka untuk beroperasi?

    Klik jawapan »

  3. Berapa peratus bilangan ibu tunggal berdaftar yang masih tidak menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

155) SENARAI JUMLAH KILANG BERDAFTAR DAN HARAM DI DUN MERU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah kilang yang berdaftar dan kilang haram di DUN Meru?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang dilakukan kepada kilang haram di DUN Meru?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bentuk bantuan dan perkhidmatan yang diberikan kepada kilang yang berdaftar dan mematuhi undang-undang yang diperuntukkan?

    Klik jawapan »

156) KERAJAAN FEDERAL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah hak-hak utama sepatutnya Selangor dapat dari Kerajaan Federal?

    Klik jawapan »

  2. Apakah hak-hak yang diingkari Federal menunaikannya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Ð misalnya undang-undang yang akan diambil oleh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

157) PENERBITAN SELANGOR KINI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan edaran setiap penerbitan dan siapakah sasarannya?

  2. Berapakah kos yang terlibat sepanjang tahun 2009?

  3. Apakah kesan daripada pengedaran Selangor Kini dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan?

158) MASALAH PUTUS BEKALAN ELEKTRIK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah bekalan elektrik di DUN Sekinchan sering terputus bekalan khususnya menjelang Perayaan Tahun Baru Cina sejak 3 tahun yang lalu?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah langkah Ðlangkah pencegahan awal yang dapat dilakukan oleh pihak TNB untuk mengelakkan perkara seumpama terus berulang kembali?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang bakal dilakukan oleh pihak TNB untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Klik jawapan »

159) MASALAH PEMBERHENTIAN PEKERJA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pencapaian terkini Jawatankuasa Tindakan Pemberhentian Pekerja (JTPP) dalam menangani masalah pengangguran pekerja di Selangor?

  2. Apakah angka pengangguran terkini di Selangor dan bagaimana kerajaan dapat membantu golongan menganggur mencari pekerjaan?

160) PAJAKAN TANAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah isu-isu seperti hak milik bebas / tetap dan pegangan pajakan sedang dipertimbangkan oleh 'task force' tanah baru selain daripada pentaksiran premium?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri akan mengumumkan kadar premium kepada orang awam untuk ulasan dan persetujuan sebelum pungutan premium?

    Klik jawapan »

  3. Adakah istilah "premium" sah atau patut istilah "sambungan" (extension) atau "bayaran pentadbiran" (administrative fee) digunakan untuk mencerminkan status betul cadangan untuk mengenakan bayaran bagi lanjutan pajakan?

    Klik jawapan »