Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

31) STATISTIK INSIDEN JENAYAH

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan dengan terperinci bilangan insiden jenayah yang berlaku dan jenisnya mengikut daerah dalam Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah pelan tindakan di pihak kerajaan negeri bagi menangani insiden jenayah?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana cadangan polis bantuan dapat membantu mengawal keadaan dan insiden jenayah?

    Klik jawapan »

32) PERUNTUKAN JKM NEGERI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan permohonan bantuan yang dikeluarkan?

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah disenaraikan perbelanjaan yang dikeluarkan mengikut jenis bantuan yang dikeluarkan?

    Klik jawapan »

33) KRITERIA UNTUK MEMILIH DAN MEMANTAU AHLI MAJLIS

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila sebutkan kriteria untuk memilih ahli majlis dan cara-cara memantau prestasi ahli majlis.

    Klik jawapan »

  2. Bilakah kerajaan akan membuka permohonan ahli majlis secara rasmi pada tahun 2010?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyata akademik dan pekerjaan setiap ahli majlis.

    Klik jawapan »

34) JALAN SUNGAI RAMAL DALAM KE SURADA PERLU DIPERBAIKI

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Jalan Sungai Ramal Dalam ke Surada dan ke Bandar Baru Bangi bertukar menjadi jalan sibuk dan banyak berlaku kerosakan jalan. Aduan telah dibuat kepada pejabat Daerah, sejauh manakah tindakan diambil?

    Klik jawapan »

  2. Adakah cadangan untuk meningkat dan menaiktarafkan jalan ini?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah projek bagi memulihkan jalan ini dapat dijalankan?

    Klik jawapan »

35) AIR MINERAL

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Program Merakyatkan Ekonomi Selangor juga melibatkan peningkatan hasil bahanbahan mineral. Apakah air mineral juga termasuk dalam kategori bahan-bahan mineral?

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar dan program kerajaan untuk meningkatkan hasil daripada air mineral?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan hasil negeri melalui perusahaan air mineral?

    Klik jawapan »

36) PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN SELANGOR (PAMWS)

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rancangan dan program yang dijalankan selepas penubuhan PAMWS?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan perbelanjaan yang terlibat dalam rancangan program tersebut

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan lembaga pengurusan PAMWS dan emolumen untuk setiap jawatan.

    Klik jawapan »

37) MASALAH PEKERJA-PEKERJA LADANG NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan sehingga kini berapakah jumlah ladang dan bilangan pekerja ladang yang terpaksa dipindahkan akibat projek pembangunan sejak tahun 2005 hingga 2009 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan tahap dan mutu pendidikan pekerja ladang tidak begitu memuaskan dan jarang diberi perhatian penuh oleh pihak Kementerian Pelajaran ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah jenis bantuan dan latihan yang disalurkan oleh Kerajaan apabila seseorang pekerja ladang yang dibuang kerja dan hilang mata pencariannya ?

    Klik jawapan »

38) MAIS CORPORATION

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan perniagaan yang dijalankan oleh MAIS CORPORATION Sdn Bhd berserta nama-nama Ahli Lembaga Pengarah nya.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah pendapatan tahunan MAIS CORPORATION dan anak-anak syarikat (jika ada) sejak di tubuhkan?

    Klik jawapan »

39) KOS LAWATAN LUAR NEGERI DAN NEGARA

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Sila berikan butir-butir kos bagi lawatan luar negeri dan negara dari tahun 2008 - 2009 seperti destinasi, tempoh lawatan, kos penginapan, kos tiket penerbangan, senarai nama rombongan, tujuan lawatan dan sebarang kos lain yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri, anak syarikat Selangor ataupun PBT

40) PEMUDAH SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah hasil-hasil kajian yang Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH) Selangor dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam dalam membantu sektor perniagaan di Selangor?

    Klik jawapan »