Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

61) STATUS BILLBOARD DI SEPANJANG LEBUHRAYA MRR II

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Setakat manakah kuasa PBT terhadap kawasan yang didirikan billboard di sepanjang Lebuh raya MRR II dan jika ianya benar di bawah kuasa PBT, adakah Kerajaan bercadang mewujudkan satu Task Force bertujuan untuk pemutihan billboard tersebut dan memohon TOL bagi mengambil alih aktiviti billboard berkenaan.

    Klik jawapan »

62) RIZAB PBT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan rizab semua kerajaan tempatan di Selangor daripada tahun 2004 hingga 2008.

    Klik jawapan »

  2. Terangkan sebab-sebab kemerosotan rizab sepanjang empat tahun ini jika ada

    Klik jawapan »

63) KECURIAN PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah dengan membekukan pemberian lesen akan mengurangkan berlakunya kecurian pasir?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jumlah kutipan saman yang dibuat serta pembayaran penjualan pasir sejak Kerajaan Negeri yang baru mentadbir?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan daerah yang paling banyak berlaku kecurian pasir dan apa tindakan pihak Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

64) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR(PKPS)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah pelaburan PKPS dalam sektor pertanian dalam tahun 2005-2008 dan berapakah pendapatannya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah projek-projek PKPS yang masih menanggung kerugian sehingga Disember 2008?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah lokasi projek PKPS yang melibatkan pembalakan si Hutan Simpanan dan berapakah jumlah hasil pembalakan?

    Klik jawapan »

65) WABAK DENGGI MENULAR DAN KES CHIKUGUNYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan langkah-langkah drastik dan keberprihatinan yang telah diambil oleh pihak yang bertanggungjawab dalam pembasmian nyamuk aedes dan kes Chikugunya di samping penyertaan orang ramai dalam menjaga kebersihan kawasan.

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah tindakan yang dikenakan oleh pihak yang bertanggungjawab kepada mereka yang didapati bersalah kerana menjadikan premis mereka tempat pembiakan nyamuk aedes terutama di tapak-tapak projek yang terbengkalai?

    Klik jawapan »

  3. Sila beri perincian berkenaan kawasan yang telah dikenal pasti berisiko tinggi dalam kes demam denggi dan chikugunya dalam tempoh pemantauan pihak yang bertanggungjawab.

    Klik jawapan »

66) ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan senarai lengkap anak-anak syarikat utama dan anak-anak syarikat subsidiari Kerajaan Negeri.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah hasil pendapatan anak-anak syarikat ini pada tahun 2007 dan 2008 (jika ada)?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah jika ada cukai tertunggak yang masih belum dilunaskan oleh setiap anak syarikat berkenaan kepada Kerajaan Negeri.

67) PENYEWAAN KAWASAN LAPANG DI JALAN 6/2 PANDAN PERDANA, DUN TERATAI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan semua butir-butir yang terkandung di dalam kontrak penyewaan kawasan lapang di lokasi tersebut

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan syarikat-syarikat yang terlibat dalam penyewaan kawasan lapang tersebut di atas dan siapakah pengarahnya dan modal syarikatsyarikat?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan kadar sewa untuk kawasan lapang tersebut?

    Klik jawapan »

68) PUSAT PEMULIHAN DADAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan pusat pemulihan dadah yang terdapat di seluruh Negeri Selangor? Sila senaraikan lokasi-lokasi serta maklumatnya dengan terperinci

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan statistik penagih dadah dari tahun 2000 hingga 2008

    Klik jawapan »

69) RUMAH UNTUK MISKIN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Sejak pemerintahan PR, berapakah rumah keluarga miskin telah dibina semula atau ditambah baik di bawah program kerajaan prihatin. Sila berikan maklumat terperinci mengikut daerah

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan pihak kerajaan negeri dalam tahun ini untuk memastikan bahawa mereka yang masih tinggal di rumah yang buruk boleh mendapat keprihatinan Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

70) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah PBT-PBT bermakna untuk membuat keuntungan daripada pemilikan dan penyewaan harta, perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatanperkhidmatan lain terutamanya apabila tujuan PBT adalah berdasarkan pemberian perkhidmatan dan bukan pusat keuntungan?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan harta-harta dan aset-aset yang dimiliki oleh setiap PBT dalam negeri dan nilai bersih.

    Klik jawapan »