Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

111) SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Pantai Batu Laut merupakan satu pantai yang berada di kawasan Tg Sepat. Pelancongan telah menjadi salah satu sumber ekonomi bagi kawasan ini. Pendapatan yang di peroleh dari sektor ini meningkat dengan banyaknya pada setiap tahun. Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam meningkatkan sektor ini khususnya bagi kawasan pantai Batu Laut ?

    Klik jawapan »

  2. Di kawasan Batu Laut, terdapat banyak tanah-tanah milik Kerajaan Negeri dan individu yang tidak digunakan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan ataupun pelancongan yang berkaitan dengan kesihatan/pendidikan?

    Klik jawapan »

112) PENGUNAAN STADIUM MALAWATI SEBAGAI TEMPAT PERSIDANGAN / MUKTAMAR PAS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Baru - baru ini Parti Pas telah mengadakan muktamarnya di Stadium Melawati Shah Alam, berapakah jumlah sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan stadium selama muktamar itu berlangsung

    Klik jawapan »

113) NAJIS DADAH YANG BERLELUASA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan statistik terkini jumlah penagih-penagih dadah di Negeri Selangor mengikut pecahan kaum dan daerah.

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan butiran terperinci mengenai berapakah ramai pembekal-pembekal dadah yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah dari tahun 2008 hingga bulan Jun 2009.

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan para remaja begitu mudah terjebak dengan najis dadah.

    Klik jawapan »

114) PUSAT PELUPUSAN SAMPAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Pelbagai masalah timbul akibat Pusat Pelupusan Sampah di Jeram merupakan satusatunya pusat pelupusan di negeri Selangor. Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kecekapan pusat pelupusan ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan pihak negeri pada masa akan datang untuk memperbaiki kaedah pengurusan sampah di negeri Selangor?

  3. Apakah pandangan Kerajaan Negeri terhadap sistem incinerator yang diamalkan oleh negara-negara maju dan bagaimanakah ia boleh dilaksanakan dengan jayanya tidak seperti kegagalan sistem ini di Broga?

115) SKANDAL PKFZ

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan yang dapat dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam mengambil tindakan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)?

    Klik jawapan »

116) RUMAH-RUMAH IBADAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat seperti Masjid/Surau, Tokong-tokong Cina, Kuilkuil Agama Hindu, Gereja-gereja Agama Kristian dan lain-lain rumah ibadat di seluruh Negeri Selangor dan apakah nama-nama rumah-rumah ibadat tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah rumah-rumah ibadat tersebut di seluruh Negeri Selangor yang mempunyai hak milik kekal dan yang tidak mempunyai hak milik kekal? Dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi ketiadaan hak milik kekal tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Setakat hari ini, apakah jenis-jenis bantuan yang telah dan akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada :- i) Masjid/Surau; ii) Tokong-tokong Cina; iii) Kuil-kuil Agama Hindu; iv) Gereja-gereja Agama Kristian; dan v) Lain-lain rumah ibadat

    Klik jawapan »

117) LAMPU JALAN DALAM TAMAN PERUMAHAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan terhadap lampulampu jalan di kawasan taman-taman perumahan yang kerap rosak dan tidak di selenggara?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memasang lampu di sekitar kawasan padang permainan untuk kemudahan orang ramai pada waktu malam?

    Klik jawapan »

118) KEGIATAN MEREMPIT DIKALANGAN REMAJA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Negeri Selangor dilihat sebagai salah sebuah negeri yang paling ramai remajanya terlibat dengan mat rempit. Berapakah statistik terkini serta perancangan Kerajaan Negeri untuk menanganinya?

    Klik jawapan »

119) TANGGUNGAN PEBELANJAAN PERUBATAN BAGI WARGA EMAS DAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan Warga Emas / OKU dalam mengatasi masalah tanggungan perbelanjaan Perubatan yang agar tinggi ini?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah bantuan tersebut akan dilaksanakan?

120) KRISIS MAKANAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan krisis ekonomi sering diikuti dengan krisis makanan dan menimbulkan pelbagai masalah pada rakyat yang miskin. Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah krisis makanan tidak berulang lagi khususnya semasa krisis ekonomi

    Klik jawapan »

  2. Apakah ketetapan Kerajaan Negeri untuk memastikan wujudnya perimbangan antara perkembangan perindustrian dan perkembangan pertanian

    Klik jawapan »