Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

211) PEKEBUN-PEKEBUN DI OLAK LEMPIT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Terdapat 13 orang pekebun telah mula bercucuk tanam di kawasan tersebut sejak 20 tahun dahulu. Kebelakangan ini terdapat pihak-pihak yang tertentu berniat untuk merampas tanah tersebut. Adakah kerajaan Negeri Selangor merancang untuk membangunkan tanah tersebut? Jika ya, apakah rancangan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah rancangan tersebut akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

212) PENGGUNAAN INTENET JALUR LEBAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan yang ada pada kerajaan untuk membangunkan penggunaan Internet jalur lebar di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah kerajaan Selangor dapat melibatkan diri dalam pembangunan penggunaan Internet jalur lebar di Selangor khususnya WiMAX?

    Klik jawapan »

213) KONTRAKTOR ALAM FLORA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah tuduhan yang mengatakan hanya penyokong parti Pakatan Rakyat sahaja yang layak mendapat kontrak Alam Flora di PBT boleh berlaku? Sila berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  2. Apakah proses pelantikan kontraktor Alam Flora?

214) PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Perusahaan kecil dan sederhana (KS) merupakan sektor ekonomi yang sangat mengalami desakan hangat dalam kegawatan ekonomi di Malaysia. Betapa teruknya keadaan di Malaysia. Apakah bantuan yang dibekalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meringankan beban mereka ?

    Klik jawapan »

215) MENGAMBIL ALIH SYARIKAT BEKALAN AIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah yang ditawar kepada syarikat-syarikat bekalan air di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam proses mengambil alih syarikat bekalan air dan cara-cara penyelesaian.

    Klik jawapan »

216) SKANDAL PORT KLANG FREE-ZONE (PKFZ)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Pelabuhan Kelang?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang menjadi Ahli Lembaga mewakili Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini

    Klik jawapan »

  3. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dapat menjaga kepentingan negeri dalam isu PKFZ

    Klik jawapan »

217) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah kos pengurusan sisa pepejal dan kontraktor untuk negeri Selangor mengikut PBT daripada tahun 2004-2009

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam pengurusan sisa pepejal serta pelantikan kontraktor pengurusan sisa pepejal dengan pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal?

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan ketelusan dalam pelantikan kontraktor serta meningkatkan keefisienan kontraktor dalam pembersihan sisa pepejal dan seterusnya menawarkan kualiti perkhidmatan yang baik kepada rakyat Selangor?

218) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha dan perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengurusan sisa pepejal ekoran peningkatan kepadatan penduduk dan kepesatan pembangunan di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Apakah terdapat pendekatan teknologi terkini yang canggih dan selamat serta ÓviableÓ yang berpotensi untuk diguna pakai di Selangor

  3. Apakah hasil lawatan dan tinjauan yang dibuat di luar negara dalam menangani isu pengurusan sisa pepejal.

219) MOTO KERAJAAN: TRADISI MEMBELA RAKYAT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah nilai dan semangat perpaduan yang cuba disemaikan oleh pemerintah kerajaan atasan menerusi moto kerajaan Negeri Selangor : Tradisi Membela Rakyat kepada rakyat Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

220) PELABURAN DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah pelaburan di seluruh Negeri Selangor dan pecahannya bagi daerah Klang dan Petaling?

    Klik jawapan »

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan pelabur terus kekal di Selangor dan menggalakkan mereka menambahkan modal pelaburan dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkah misi perdagangan keluar negara akan dibuat sehingga 2010 dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?

    Klik jawapan »