Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

231) PERBELANJAAN NEGERI TAHUN 2008

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menerbitkan perbelanjaan negeri dan kertas akaun MBI, agensi kerajaan, anak syarikat negeri untuk tahun 2008 di dalam laman web negeri?

    Klik jawapan »

  2. Jika ya, sila nyatakan tarikh perlaksanaan dan jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Klik jawapan »

232) GRADUAN MENGANGGUR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil di Institut pengajian tinggi khususnya di UNISEL untuk melengkapi mahasiswa-mahasiswi

    Klik jawapan »

  2. Di kalangan graduan institut pengajian yang menganggur, berapakah graduan UNISEL ?

    Klik jawapan »

233) USAHA DALAM MERANGSANGKAN EKONOMI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan program-program atau projek-projek yang telah dilaksanakan dalam program merangsang ekonomi bersama dengan kos-kos yang terlibat

    Klik jawapan »

  2. Apakah kesannya setelah program perangsangan ekonomi dilancarkan?

    Klik jawapan »

  3. Berapa kontraktor dan penduduk-penduduk bermanfaat dalam program tersebut?

    Klik jawapan »

234) PERBELANJAAN PAKEJ RANSANGAN EKONOMI YANG DIRANCANG OLEH NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang menetapkan sejumlah RM 50 bilion telah diluluskan dalam bulan Mac lalu. Apakah Pelan Tindakan terhadap 5 bidang yang dikenal pasti?

    Klik jawapan »

  2. Sehingga kini, apakah jumlah yang telah diagihkan bagi tahun 2009 dan nyatakan bidang yang diagihkan

    Klik jawapan »

235) PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah kadar kemiskinan untuk Negeri Selangor dari tahun 2004 hingga 2009?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jumlah warga miskin mengikut pecahan daerah dan kaum di Selangor dari tahun 2004 hingga 2009?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan bagi membantu golongan miskin di Selangor khasnya dalam merapatkan jurang kemiskinan antara bandar dan desa?

236) PENGURUSAN SISA PEPEJAL ALAM FLORA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah status kontrak Alam Flora Sdn Bhd dengan Kerajaan Persekutuan ekoran banyak aduan negatif terhadap tahap pengurusan sisa pepejal yang dikendalikan oleh syarikat tersebut

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah peranan dan penglibatan Kerajaan Negeri dalam memantau pengagihan kontrak pengurusan sisa pepejal bagi memastikan operatornya benar-benar layak untuk melaksanakannya

237) RANCANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI MEMASTIKAN HAK BANGSA BUMIPUTERA DIPERTAHAN DAN DIKEKALKAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan pihak kerajaan bagi memastikan hak bangsa bumiputera terus dipertahankan dan dikekalkan tanpa bangsa lain mengungkit hak keistimewaan bangsa bumiputera seperti tanah rizab orang Melayu, agama rasmi dan faktor pendidikan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah perlu diwujudkan Akta / Perlembagaan serta Jawatankuasa tetap di setiap negeri yang akan membantu mengekalkan hak dan keistimewaan taraf bangsa bumiputera dan orang Melayu tanpa dipersoalkan oleh mana-mana bangsa lain

    Klik jawapan »

238) PERMOHONAN TANAH DAN TUKAR STATUS TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Banyak pemohon tanah mengeluh dan mendakwa kerajaan sekarang lebih lambat meluluskan sesuatu permohonan berkaitan tanah. Apakah ada prosedur permohonan tanah dan garis panduan baru dikeluarkan hingga mengganggu kelancaran proses ini dan jika ada sila jelaskan perubahan yang dilakukan?

    Klik jawapan »

  2. Ada dakwaan mengatakan adanya unsur memperlambat atau sabotaj oleh pihak tertentu supaya rakyat diberi gambaran seolah-olah kerajaan sekarang lembap dan apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini?

    Klik jawapan »

  3. Jelaskan hasil cukai tanah mengikut daerah yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2007, 2008 dan 6 bulan pertama tahun 2009

    Klik jawapan »

239) BUFFER ZONE DI TEPI LAUT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Apakah jarak rizab dan buffer zone di tepi laut ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah tindakan di ambil untuk mengekalkan buffer zone di Assam Jawa, Bukit Melawati ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah tindakan diambil untuk tanam balik bakau yang di musnahkan di kawasan Assam Jawa?

    Klik jawapan »

240) PROGRAM SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap program SMUE?

    Klik jawapan »

  2. Sila huraikan dengan terperinci berapakah jumlah pendaftaran warga emas yang diterima setakat bulan Jun 2009 mengikut DUN masing-masing

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan program tersebut dan apakah kaedah penambahbaikan yang akan dilakukan?

    Klik jawapan »