Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

11) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Pelancongan merupakan sektor yang mampu membawa keuntungan dan membawa hasil kepada Kerajaan Negeri. Apakah peranan Tourism Selangor dalam mempromosikan destinasi pelancongan di negeri ini, dan sejauh manakah kejayaan Tourism Selangor dalam menjalankan usaha-usaha tersebut.?

    Klik jawapan »

12) BANTUAN KEPADA SJK (C) CHEN MOH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri yang lalu telah menjanjikan bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chen Moh, Petaling Jaya bagi meraih sokongan. Adakah Kerajaan Negeri pada hari ini akan menunaikan janji yang telah dibuat oleh kerajaan yang lepas?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah pemilihan SJK (C) yang layak menerima pakej bantuan negeri dibuat dan bila?

    Klik jawapan »

13) PILIHAN RAYA JKKK

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan kerajaan bagi melaksanakan pilihan raya JKKK di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah peruntukan yang diberi kepada JKKK pada tahun 2008 dan 2009 mengikut daerah.

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi pembangunan JKKK di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

14) BENTUK BANTUAN BAGI GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Di dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang, apakah usaha-usaha yang dirangka serta dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan contohnya, pekerja yang diberhentikan kerja / graduan lepasan universiti / ibu tunggal / usahawan yang baru bermula / berminat untuk menjalankan perniagaan selain menyediakan bantuan modal permulaan dan latihan asas permulaan perniagaan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk bantuan lain yang boleh mereka peroleh dari kerajaan bagi membantu menaikkan lagi taraf ekonomi kehidupan mereka?

    Klik jawapan »

15) AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan pecahan Ahli Majlis mengikut kaum mulai tahun 2004 sehingga 2008 bagi seluruh kawasan PBT Selangor dan pecahannya mengikut jantina serta perbezaannya berbanding kerajaan lama

  2. Apakan kerajaan mempunyai perancangan untuk mengemaskinikan semula zon Ahli Majlis yang ditempatkan dalam zon yang bertindih kawasan sempadan pilihan raya yang mana menyukarkan mereka bertugas dan bila ia akan dilakukan?

  3. Apakah Ahli Majlis dan pegawai penguat kuasa diberikan perlindungan insurans semasa mengadakan sesuatu operasi penguatkuasaan dan nyatakan jenis pelan perlindungannya jika ada.

16) PEMBANGUNAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Adakah pembangunan sedia ada di negeri Selangor mematuhi kepada Rancangan Fizikal Negara (National Physical Plan)?

    Klik jawapan »

  2. Kalau tidak, apakah tindakan yang akan diambil untuk mematuhi pelan tersebut?

    Klik jawapan »

17) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan pemutihan kilang haram sehingga bulan Mei 2009 dan berapakah kes yang telah diselesaikan mengikut daerah seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah anggaran kilang haram yang dikenal pasti untuk pemutihan sepanjang tahun 2009 dan jelaskan cara pemutihan yang telah dan bakal dilakukan

    Klik jawapan »

18) USAHAWAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status bantuan lembu atau kambing sebanyak 30 ekor untuk setiap peserta yang mendapat bantuan keusahawanan dari Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status perkembangan Program ÒModern Pig Farming AreaÓ pada masa sekarang?

    Klik jawapan »

  3. Mohon senaraikan usahawan Ð usahawan yang telah dibantu oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam tempoh satu setengah tahun kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri berdasarkan kawasan Parlimen.

    Klik jawapan »

19) PERLOMBONGAN PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi tujuan memaksimumkan pendapatan hasil pasir negeri antara RM 100 Ð 200 juta setahun. Berapakah pendapatan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sejak ditubuhkan sehingga Jun 2009.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah sumbangan kumpulan ini kepada Kerajaan Negeri

    Klik jawapan »

20) SJK(C) SIN MIN, PUCHONG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak peruntukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor diberikan kepada SJK(c) Sin Min, Puchong ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perkembangan mengenai pengambilan tanah di sebelah SJK(C) Sin Min, Puchong untuk tujuan pembesaran sekolah ?

    Klik jawapan »