Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

21) PESURUHJAYA BANGUNAN (COMISSIONER OF BUILDING -[COB])

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyakkah aduan-aduan yang diperolehi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setiap bulan dan berapa kadarnya isu-isu dapat diselesaikan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah wujudnya satu peruntukan khusus yang telah dibajetkan daripada Kerajaan Negeri untuk negeri dan jabatan-jabatan pesuruhjaya bangunan (COB) majlis-majlis tempatan dan jika ya, berapa jumlahnya?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemajupemaju yang tidak membentuk atau menubuhkan badan pengurusan bersama atau 'joint management body' (JMB) dan jika ya, bilakah tindakan sebegini akan diambil?

    Klik jawapan »

22) JUMLAH PENERIMA BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri ada memberi bantuan khairat kematian kepada warga Selangor yang meninggal dunia sejak 2008. Berapakah jumlah penerima bantuan yang telah diberikan kepada warga dalam DUN Jeram dan mohon senaraikan nama-nama penerima bantuan berkenaan mengikut kampung-kampung?

    Klik jawapan »

23) PENGURANGAN BAYARAN PREMIUM TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Bertulis


  1. Apakah cara kerajaan untuk membantu mereka-mereka yang telah ditawarkan tanah tetapi tidak mampu untuk membayar premium sedangkan hanya itu harapan mereka untuk memiliki harta seperti berlaku di Taman Timah Langat, Dengkil?

    Klik jawapan »

24) RIZAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan butiran terperinci kesemua rizab PBT Negeri Selangor bagi tahun 2008 secara bandingan dengan tahun 2007

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah pendekatan yang sudah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan rizab PBT terus stabil dan kukuh.

  3. Sila perjelaskan apakah peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Pihak Berkuasa Tempatan(JKP-PBT) dalam konteks memantau prestasi dan kedudukan rizab PBT ?

25) MENANGANI PENYAKIT BERJANGKIT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan tempat-tempat berisiko tinggi yang menghadapi serangan wabak penyakit seperti Denggi, Chikukungnya dan lain-lain penyakit yang membawa maut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dirangka untuk menangani jangkitan wabak penyakit ini dan berapa kos yang diperlukan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah pencegahan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengelakkan jangkitan wabak dari luar menular di negeri ini seperti influenza A H1N1?

    Klik jawapan »

26) SENI DAN BUDAYA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Apakah bidang-bidang seni yang ketara dan menonjol di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bidang-bidang seni yang manakah patut diberi keutamaan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Setakat ini sejauh manakah kejayaan yang dicapai di dalam mempromosikan seni di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

27) REMAJA YANG BERHENTI SEKOLAH DAN TIADA PEKERJAAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah belia yang telah berhenti sekolah di Negeri Selangor sebelum tamat persekolahan, dan jumlah mereka yang tiada pekerjaan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan masalah ini?

    Klik jawapan »

28) CUKAI TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Taman Setia Warisan terletak di kawasan U6, Shah Alam. Beberapa penduduk di Taman ini dikenakan pembayaran cukai tanah berulang kali. Walaupun lot rumah sesebuah sahaja tetapi cukai tanah dikenakan untuk dua no. Lot yang berlainan kepada tuan punya rumah yang sama. Kenapakah cukai dikenakan dua kali ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kesilapan pengukuran berlaku di Pejabat Tanah dan bagaimana ianya dapat dibetulkan ?

    Klik jawapan »

29) SUMBANGAN PNSB KEPADA PEKAWANIS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Pendengaran awam yang dijalankan oleh SELCAT telah menunjukkan secara terbuka belanjawan-belanjawan luar biasa yang dikeluarkan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) kepada BALKIS. Kini BALKIS telah digantikan oleh PEKAWANIS di Negeri Selangor. Apakah masih terdapat sumbangan atau perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk-bentuk sumbangan atau belanjawan yang dikeluarkan oleh PNSB kepada PEKAWANIS selepas penubuhannya sehingga kini?

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyak dan untuk apakah sumbangan atau belanjawan yang dikeluarkan?

    Klik jawapan »

30) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah bilangan perpustakaan mengikut kategori di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah perbelanjaan tahunan bagi 2005-2008 untuk setiap perpustakaan di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah pengunjung tahunan bagi setiap perpustakaan 2005-2008?

    Klik jawapan »