Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
16) BEKALAN AIR PERCUMA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor melengah-Iengahkan pelaksanaan pemberian bekalan air untuk kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan?
-
Bilakah tarikh sebenar pemberian bekalan air tersebut akan dilaksanakan supaya rakyat Selangor tidak ternanti-nanti ?
-
Apakah persetujuan yang telah dicapai daripada syarikat yang membekalkan air tersebut dan berapakahjumlah bayaran yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkanbekalan air tersebut secara percuma?
17) MENANGANI GEJALA SOSIAL DAN PEMBENTUKAN MODAL INSAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah dasar baru kerajaan negeri terhadap perkembangan perniagaan rumah urut, kewujudan kilang arak dan premis menjual arak serta pusat-pusat hiburan yang terdapat di Negeri Selangor yang sering dikaitkan dengan unsur-unsur negatif dan antara sumber utama gejala kurang sihat selama ini ?
-
Apakah wujud garis panduan tertentu dalam soal hiburan khususnya yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, sebagaimana yang dipraktikkan di Kelantan?
-
Sila nyatakan langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani gejala sosial di kalangan remaja serta langkah-Iangkah keselamatan segera bagi menangani kehilangan pelajar dan kanak-kanak
18) CUTI BERSALIN SEBANYAK 90 HARI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Manifesto kerajaanjuga memperlihatkan hasrat kerajaan negeri untuk membela nasib kaum wanita dan saya sebagai pemantau jawatankuasa tetap hal ehwal wanita ingin kerajaan menunaikan janji-janji dengan memberi cuti sebanyak 75 hari kepada kaum wanita. Adakah cuti bersalin sebanyak 90 hari akan diberikan seperti yang dijanjikan?
-
Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan status wanita yang juga menjadi sumbangan ekonomi negeri?
-
Bagaimana pula dengan 14 hari cuti yang akan ditawarkan sewaktu isterinya bersalin? Bilakahjanji-janji ini akan dikotai dan dilaksanakan?
19) KELUARGA MISKIN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah definisi kemiskinan?
-
Mengikut definisi kemiskinan kerajaan, wujudnya berapa warga miskin di Selangor?
-
Kalau ukuran kemiskinan adalah keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan, wujud berapa ramai warga miskin di Selangor?
20) MAJLlS DAERAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Syarikat Alam Flora telah dilantik untuk membekalkan perkhidmatan membuang sampah, penjagaan longkang dan rumput di Negeri Selangor. Namun begitu, masih ada banyak rungutan daripada orang ramai mengenai sampah sarap yang tidak dikutip yang mengakibatkan longkang tersumbat menyebabkan kejadian banjir yang berleluasa dewasa ini. Apakah sistem pemantauan yang digunakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk melancarkan lagi perkhidmatan ini tanpa masalah?
-
Berapa banyak yang telah dibayar oleh Majlis Daerah Kuala Selangor kepada Syarikat Alam Flora pada tahun 2006 dan 2007?
-
Bagaimanakah cara untuk memperbaiki lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan sekarang ini?