Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

51) PENTERNAKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Bertulis


  1. Telah menjadi pengetahuan umum bahawa terdapat program-program kerajaan termasuk bantuan dan pembiayaan kewangan untuk aktiviti-aktiviti penternakan lembu, kambing, ayam dan ikan. Persoalannya adalah Berapa banyak program-programsebegini yang telah diperkenalkan untuk tujuan berdikari di kalangan penduduk miskin di DUN Bukit Melawati? Berikan butiran yang berkaitan

    Klik jawapan »

  2. Berikan juga senarai agensi-agensi, jenis-jenis pembiayaan dan bantuan yang disediakan

    Klik jawapan »

52) PROJEK PEMBANGUNAN OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyakkah projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh LZS dengan senarai kontraktor dan kos yang terlibat?

    Klik jawapan »

  2. Adakah projek ini bejaya dan dapat dinikmati sepenuhnya oleh asnaf zakat? Jika tidak, nyatakan projek-projek yang bermasalah dan senarai kontraktor yang terlibat?

    Klik jawapan »

  3. Apakah mekanisme yang digunakan oleh LZS bagi melantik kontraktor bagi menjalankan projek? Sejauh manakah amalan kronisme dapat dielakkan?

    Klik jawapan »

53) PENGENDALIAN SUMBER-SUMBER AIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam empat tahun yang lepas untuk membersihkan sumber-sumber air dalam negeri Selangor dan senaraikan butir-butir projek tersebut. (Nama syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai kontrak)

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kos yang digunakan oleh kerajaan negeri dalam empat tahun yang lepas untuk membesarkan sumber-sumber air dalam negeri Selangor dan senaraikan butir-butir projek tersebut. (Nama syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai kontrak)

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-Iangkah untuk memulihara dan memelihara sumber-sumber air untuk jangka masa dan jangka panjang?

    Klik jawapan »

54) SEKOLAH AGAMA DAN KAFA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan butiran jumlah guru-guru bergaji dan berelaun di Sekolah Agama Rakyat (-Integrasi) dan KAFA (-Integrasi) di seluruh negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan berapakah kos yang ditampung oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 2007

    Klik jawapan »

  2. Berapakah penjimatan yang diperoleh oleh kerajaan negeri Selangor dalam pembiayaan sekolah-sekolah agama setelah menyerahkan pentadbiran 23 buah sekolah agama tadbiran negeri kepada kerajaan Pusat

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan kerajaan negeri Selangor dalam meningkatkan kebajikan khususnya terhadap elaun guru-guru KAFA (Integrasi)

    Klik jawapan »

55) LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis


  1. Apakah piawaian majlis perbandaran/daerah untuk mengeluarkan lesen perniagaan?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan jenis-jenis lesen yang diluluskan oleh PBT negeri Selangor

    Klik jawapan »

  3. Mengapakah sebahagian daripada peniaga tidak dapat lesen walaupun telah memohon, misalnya penjual daging khinzir dan peniagajual beli kereta terpakai?

    Klik jawapan »

56) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak projek perumahan yang masih terbengkalai dalam Negeri Selangor hasil peninggalan bekas kerajaan terdahulu dan nyatakan di manakah taburan projek terbengkalai ini berlaku?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak unit yang terlibat serta apakah status pembinaan dan pembayaran pembeli di setiap projek?

    Klik jawapan »

  3. Apakah punca atau sebab ia terbengkalai dan adakah tindakan sudah diambil atau bakal diambil ke atas pemaju yang melanggar peraturan serta apakah rancangan pemulihan bagi meringankan beban pembeli yang menjadi mangsa?

    Klik jawapan »

57) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG SEPERTI SISA TOKSID, PENCEMARAN UDARA DAN SEBAGAI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Sejak dua (2) tahun kebelakangan ini, berapakah jumlah kilang mengikut PBT & PTD telah dikenal pasti melakukan kesalahan pencemaran alam sekitar yang telah dikenakan tindakan mahkamah dan telah disabit kesalahan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-Iangkah yang diambil aleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Klik jawapan »

58) DEWAN ORANG RAMAl

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah dewan orang ramai yang ditubuhkan oleh kerajaan? Sila sebutkan setiap tapak.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang diberikan untuk membina setiap dewan orang ramai?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang membayar bil elektrik dan air untuk dewan-dewan orang ramai ini?

    Klik jawapan »

59) SISWAZAH MENGANGGUR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis


  1. Berapa jumlah siswazah yang masih belum mendapat pekerjaan sehingga kini dan pecahannya mengikut daerah di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan kerajaan yang telah diambil bagi mengatasi masalah siswazah menganggur?

    Klik jawapan »

  3. Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan bagi mengurangkan masalah tersebut?

    Klik jawapan »

60) PENIPUAN TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Selangor telah membuat siasatan mengenai penipuan tanah yang melibatkan ratusan jutaan ringgit di Selangor. Sila senaraikan bilangan kes penipuan tersebut dan Pejabat Tanah yang terlibat ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah hasil siasatan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membanteras penipuan tersebut?

    Klik jawapan »