Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

111) KUMPULAN SEMESTA S/B

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan secara terperinci bilakah Kumpulan Semester S/B ditubuhkan dan apakah matlamat utama penubuhan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan nama ketua pengarah dan seluruh lembaga pengarah yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan huraikan latar belakang mereka secara terperinci?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan adakah dengan penubuhan Kumpulan Semester S/B ini dapat menyelesaikan dan mengurangkan masalah kegiatan mencuri pasir yang berlaku secara berleluasa sebelum ini?

    Klik jawapan »

112) SISWAZAH MENGANGGUR DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Siswazah menganggur di seluruh Selangor sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakan dari majikan hanya mengambil pekerja yang berpengalaman. Sejak 3 tahun kebelakangan ini, berapakah anggaran jumlah siswazah menganggur yang terdapat di seluruh Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Siswazah dari jurusan manakah yang paling ramai menganggur?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan terbaru Kerajaan Negeri untuk membantu siswazah-siswazah ini?

    Klik jawapan »

113) SYARAT-SYARAT KETAT TERHADAP SYARIKAT-SYARIKAT KEMUDAHAN AWAM YANG MENGOREK JALAN PBT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan akan mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat terhadap syarikat-syarikat kemudahan awam yang memohon daripada PBT untuk menggorek jalan kerana kerja-kerja pemulihan kurang memuaskan dijalankan oleh kontraktor-kontraktor mereka?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana kerajaan memantau kualiti kerja yang dijalankan oleh kontraktor-kontraktor ini?

    Klik jawapan »

114) SEBUT HARGA PROJEK PBT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan polisi terbaru kerajaan negeri dalam proses sebut harga projek PBT

    Klik jawapan »

  2. Apakah rasionalnya ahli-ahli majlis tidak dibenarkan menyertai dalam proses tersebut sedangkan pihak kerajaan mahu seluruh proses sebut harga projek PBT menjadi lebih telus?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan bahawa wujudnya ketelusan dalam proses tender dan sebut harga?

    Klik jawapan »

115) PENGHUTANGAN CUKAI TANAH OLEH ANAK SYARIKAT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Terdapat anak-anak syarikat kerajaan Negeri Selangor yang tidak menjelaskan cukai tanah mereka kepada kerajaan negeri dan merupakan penunggak-penunggak yang terbanyak berjumlah lebih kurang RM 143,770,000. Sila nyatakan jumlah yang di hutang oleh setiap anak syarikat secara terperinci.

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini berapa banyak Notis Borang 6A mengikut seksyen 97 Kanun di atas dan merayu tanah mereka di bawah seksyen 100 Kanun Tanah Negara oleh Pejabat Tanah Daerah di seluruh Negeri Selangor dari tahun 2005-2007?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini?

    Klik jawapan »

116) KESELAMATAN JALANRAYA DAN KEMALANGAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kemalangan di atas semua jalan-jalan bukan Persekutuan, di Selangor mengikut kaum, kenderaan, kematian, kecederaan dan punca kejadian?

    Klik jawapan »

  2. Di manakah jalan-jalan dan/atau tempat-tempat yang dikenal pasti sebagai kawasankawasan hitam dan merbahaya tersebut?

  3. Bagaimanakah langkah-langkah dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil bagi mengatasi masalah di atas dan punca serta cara efisien dalam menanganinya?

117) PEMBINAAN BANGUNAN DI KAWASAN LAPANG

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Menyatakan penjelasan tentang pembinaan padang golf dan medan selera di tanah lapang yang berada di Jalan Perdana 6/1, Pandan Perdana, Ampang. Sebab-sebab meluluskan pembinaan bangunan tetap di kawasan lapang yang mana kerajaan hanya memberi tol?

    Klik jawapan »

  2. Sama ada medan selera yang beroperasi di tanah lapang tersebut mempunyai lesen perniagaan sah untuk padang golf, medan selera dan tempat cuci kereta yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Kalau tidak, nyatakan bilangan operasi yang telah dijalankan oleh PBT setiap tahun sejak tahun 2006. Berikan dengan terperinci jumlah kompaun yang Berjaya dikutip dari pihak medan selera, jika ada.

    Klik jawapan »

  3. Sama ada Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil alih kawasan lapang ini memandangkan kekurangan kawasan lapang disekitarnya.

    Klik jawapan »

118) TENDER TERBUKA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan proses-proses jawatankuasa atau jabatan Kerajaan Negeri (termasuk PBT) yang sudah mengamalkan sistem tender terbuka dan berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan ahli-ahli yang terlibat dalam pemilihan kontraktor sistem tender terbuka in

    Klik jawapan »

119) TAHANAN ISA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pada 12 September 2008 berlaku penangkapan di bawah ISA terhadap 3 orang rakyat Malaysia, termasuk YB Teresa Kok ADUN Kinrara dan Exco Kanan bagi Kerajaan Negeri Selangor. Apakah kesalahan yang dianggap dilakukan oleh YB Teresa Kok?

    Klik jawapan »

  2. Apakah sikap Kerajaan Negeri terhadap tangkapan ini?

  3. Apakah tindakan yang diambil Kerajaan Negeri ?

120) PASAR TANI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Antara industri yang patut dikembangkan kini ialah pertanian. Ruang dan peluang bagi mempromosikan hasil pertanian dan produk berasaskan tani perlu disediakan bagi mempopularkan bidang ini. Apakah usaha-usaha yang dilakukan setakat ini bagi mengembang luaskan industri pertanian di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Konsep Pasar Tani yang diwujudkan sebelum ini mampu memberi peluang pekerjaan dan pendapatan yang di atas paras kemiskinan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah tapak pasar tani yang sedia ada, yang dicadang akan dibuka serta di mana?

    Klik jawapan »