Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

101) PROJEK PERUMAHAN Ð SIJIL LAYAK MENDUDUKI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat banyak projek perumahan yang kerja pembinaannya telah siap tetapi gagal memperoleh Sijil layak Menduduki daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam proses mempercepatkan pengeluaran Sijil Layak Menduduki?

    Klik jawapan »

102) RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN PUSAT OKU

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan jumlah rumah anak-anak yatim dan OKU yang didirikan di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah.

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria yang dikenakan kepada individu dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin memohon lesen rumah anak-anak yatim dan Pusat OKU?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah bentuk bantuan dan juga pemantauan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan operasi rumah anak-anak yatim dan Pusat OKU mengikut garis panduan yang ditetapkan?

    Klik jawapan »

103) PENSWASTAAN TEMPAT LETAK KERETA PBT

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak konsesi penswastaan tempat letak kereta ditandatangani di kesemua 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor sehingga sekarang dan siapakah syarikat-syarikat ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pulangan yang bakal kerajaan dapat?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bercadang membuka konsesi ini melalui tender terbuka.

    Klik jawapan »

104) GAJI GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan butir-butir terperinci sekolah-sekolah rendah agama yang terletak di bawah pengendalian Jabatan Agama Islam Selangor mengikut PBT (nama sekolah, lokasi, jumlah murid) dan apakah dasar kerajaan negeri Selangor dalam pengendalian Sekolah Rendah Agama yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan

  2. Berikan maklumat yang terperinci tentang kedudukan kewangan Jabatan Agama Islam Selangor sehingga bulan Jun. Ulaskan prestasi kewangan JAIS.

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada Sekolah-sekolah Agama dalam tahun 2007 serta 2008 dan adakah kerajaan negeri akan mengkaji semula kadar gaji guru sekolah agama sedia ada? Ulaskan.

105) BANGUNAN YANG DIBINA DIATAS KAWASAN LAPANG DI TEPI JALAN BUNGA TANJONG 10 TAMAN MUDA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Pihak yang mana memiliki bangunan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan status tanah tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang telah diambil dan bila tindakan akan diambil jika bangunan itu dibina secara haram.

    Klik jawapan »

106) AIR PERCUMA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah air percuma 20 meter padu boleh dinikmati oleh penduduk yang menggunakan meter pukal?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pemberian air percuma menjadi beban kepada Kerajaan Negeri dalam masa jangka panjang? Berikan butir-butir

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh bagi memastikan bekalan air mencukupi bagi rakyat Selangor dalam masa 10 tahun yang akan datang?

    Klik jawapan »

107) PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKTOR PADI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan perkembangan terkini cara menanam padi dengan menggunakan mesin Transplanter mengenai keberkesanan dan kos pengendalian serta faedah kepada petani.

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah perkembangan terkini tentang program pengurusan Jerami padi di Negeri Selangor dan apakah kegunaan sebenar Jerami tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk membuka lebih banyak kawasan penanaman padi yang baru di Negeri Selangor demi untuk meningkatkan pengeluaran padi dan seterusnya dapat mengurangkan masalah krisis bekalan makanan?

    Klik jawapan »